Assalamualaikum..
Ahlan bikum, Kullu sanah wa antum toyyieb..
Maaf sangat2 , lama sgguh x d update blog ni, rasanya sejak 3bln balik mesia, baru nie b’peluang nak jenguk blog sendiri..
Yang pasti suasana kat mesia betul2 mencabar, keadaan sekeliling teramat2 perlukan kita, bab kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, Al-waajibat aksaru minal auqoot..
Okey, ni jer yang sempat nak tulis hari nie..
Lepas ni akan di update mcm seperti biasa k, iallah.
Okey untk semua ikhwah, slmt mlagkah ke Universiti, nanti jumpa smula kat Yemen yer..
Ok, ma assalamah wa ilalliqo'..
Tuesday, October 27, 2009
Monday, June 15, 2009
SYEIKH FATHI YAKAN ; BAHAYA AIDS HARAKI DALAM GERAKAN ISLAM

Seorang Mujahid Dakwah, Ustaz Fathi Yakan, yang pernah berkunjung ke Negara kita, dalam rangka menghadiri Muktamar Agung PAS tahun 1997, telah memperingatkan kita semua tentang bahaya AIDS Haraki, iaitu istilah yang menggambarkan fenomena yang telah dan sedang terjadi di sebahagian harakah Islamiah di seluruh dunia. Ini adalah peringatan penting beliau kepada para aktivis dakwah, sejak enam belas tahun yang lalu di dalam buku beliau : Ihzaruu AIDS Al-Haraki (Berjaga-jagalah, AIDS Haraki). Wa Zakkir !! Fa inna az-Zikra tanfa`ul mu’minin.
Penyakit AIDS adalah merujuk keadaan seseorang yang mengalami kehilangan daya tahan penyakit di dalam tubuh, sehingga menjadi mudah dijangkiti penyakit dengan keadaan yang parah. Sehingga kini, penyakit yang disebabkan oleh virus HIV ini, masih belum ditemui ubat yang dapat menyembuhkan penyakit merbahaya ini. Para penghidap HIV/AIDS ini akan berhadapan dengan risiko kematian.
Dalam buku “Ihdzaruu Al-Aids Al-Harakiy (1989)”, Al-Ustaz Fathi Yakan secara khusus mengingatkan kes kehancuran harakah dan tanzim dakwah di Lubnan. Hal yang sama juga berlaku di beberapa Negara Muslim yang terdapat harakah Islamiah di situ. Beliau berpendapat, kes-kes kehancuran tanzim dakwah bermula dari kelemahan daya tahan dalaman jama`ah, yang seringkali terjadi di saat mereka berada di atas paksi Mihwar Siyasi (Orbit Politik).
Hal ini sering terjadi ketika harakah Islamiah memasuki wilayah amal siyasi (kerja politik) untuk menyempurnakan wilayah `amal dakwah dan meningkatkan sasaran dakwah yang lainnya. Mengapa terjadi seperti ini? Apakah penglibatan harakah Islamiah dalam wilayah politik adalah suatu kekeliruan dan kesilapan? Tentu saja tidak !! Bahkan ini adalah suatu kewajipan kita semua.
Konsep Syumuliatul Islam yang diperkenalkan Imam As-Syahid Hasan al-Banna di dalam usul pertama dari Usul `Isyrin, telah memberikan gambaran pentingnya kita bergerak di paksi politik demi tertegaknya Ad-Din wa Ad-Daulah. Sesungguhnya saat ini, Syumuliayatud Dakwah menuntut kita memasuki dan menguasai wilayah politik.
Mengenal Virus Merbahaya
Persoalan yang timbul ialah bagaimana virus ini boleh berjangkit dan menjadi penyebab kehancuran kepada harakah? Dalam analisa dan tajribah Ustaz Fathi Yakan, terdapat 7 faktor utama yang menyebabkan hal ini terjadi :
1. Hilangnya Manna`ah I`tiqodiyah (imuniti keyakinan) dan tidak terbinanya bangunan dakwah di atas dasar fikrah dan mabda’ yang benar dan jitu. Akibat yang timbul dari faktor ini, tanzim dakwah tidak tertegak di atas fikrah yang benar dan utuh. Adakalanya sebuah tanzim hanya wujud sebagai Tanzim Ziyami, iaitu tanzim yang berdiri atas landasan wala’ kepada seorang pemimpin yang diagungkan.
Ada juga yang bergerak sebagai Tanzim Syakhshi, iaitu tanzim yang tertegak atas bayangan keperibadian (figure) seorang pemimpin. Terdapat juga yang berbentuk Tanzim Mashlahi Naf`i yang berorientasi mewujudkan tujuan perlaksanaan pengisian semata-mata. Kerana itu, binaan tanzim menjadi begitu rapuh, tidak mampu menghadapi kesulitan dan cabaran. Akhirnya bergoncanglah binaan dan bercerai-berai shofnya sehingga terjadilah berbagai peristiwa dan tragedi.
2. Perkaderan dan pembinaan anggota berdasarkan kuantiti, dengan mengutamakan bilangan dan jumlah keahlian menjadi keutamaan qiyadah. Seringkali dianggap, bahawa jumlah yang banyak itu akan menjadi penentu kemenangan dan kejayaan. Kondisi ini mungkin ada kebenarannya ketika sebuah harakah dakwah tampil secara rasmi sebagai parti politik dan terlibat dalam pilihanraya.
Akan tetapi hal ini perlu diawasi kerana, orientasi ini akan memudahkan pihak-pihak tertentu cuba mewujudkan qaidah sya’biyah atau dasar dokongan sosial untuk kepentingan merealisasikan tujuan-tujuannya. Dalam situasi tertentu akan muncul keperibadian atau tokoh-tokoh tertentu dalam harakah yang memperjuangkan kepentingan peribadi dengan memanfaatkan qaidah sya’biyah yang dibinanya. Pada saat ini, qa`idah sya’biyah ini akan bertindak sebagai musuh dalaman kepada harakah Islamiah.
3. Isti’jal (tergesa-gesa) untuk meraih kemenangan, meskipun tidak seimbang dengan persediaan yang mencukupi, walaupun ditahap minimum. Kemenangan politik bererti memperolehi kekuasaan. Setiap aktivis politik akan dikuasai semangat mencari dan mengejar kekuasaan sehingga tidak ada penghujungnya.
Menurut Ustaz Fathi Yakan, kekuasaan yang diperolehi di manapun akan menuntut pembahagian ghanimah (harta rampasan perang) kepada penjaga sesuai dengan perbandingan tugasan yang ditanggung seseorang. Ghanimah yang telah diperoleh itu kadangkala melahirkan cubaan, fitnah dan bencana kerosakan dalam harakah.
Permasalahan dasarnya adalah penipuan dalam pembahagian, antara perseorangan, pemimpin serta penguasa yang bercita-cita mendapatkan bahagian kekuasaan yang banyak. Akhirnya prinsip perjuangan tergadai dan agenda maddiyah dengan mengejar kepentingan hawa nafsu akan menjadi tuntutan perjuangan mereka.
Ketika ini hilanglah roh aqidah dalam perjuangan, tumpuan hanya diberikan kepada percaturan strategi menghadapi musuh dalam pilihanraya dengan meninggalkan agenda pembinaan ruhiyah di kalangan jundiyah dan qiyadah. Akhirnya “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran ”.
4. Binaan tanzim dipengaruhi unsur luaran. Samada dipengaruhi oleh latarbelakang kekuatan yang berada di sekelilingnya dari aspek politik, ekonomi dan lain-lain aspek. Akibatnya, tanzim akan kehilangan potensi keaslian perjuangan, kehilangan orientasi dan arah tujuan politik. Kerana hilangnya asholah dakwah (keaslian), tanzim menjadi alat kepentingan pihak lain, dan segala keputusan dan tindakan dipengaruhi kelompok tertentu.
5. Munculnya berbagai aliran dan kelompok dalam harakah. Hal ini sering terjadi kepada harakah yang telah mengalami perpecahan lantaran hilangnya wahdatul fikr dan wahdatul `amal. Kesan dari permasalahan ini akan timbulnya ta`addudul wala’, justeru akan timbul pertikaian, perebutan pengaruh dan kekuasaan untuk meraih hasrat dan cita-cita peribadi atau kelompok tertentu.
6. Campur tangan pihak luar dengan pengaruh dominan politik, ideologi, perisikan, inteligen dengan berbagai cara penyamaran untuk menyerang musuh dalam harakah dengan tujuan menghancurkan kekuatan dan kesatuan di dalam tanzim. Ruang yang terbuka untuk campur tangan atau penyusupan amat luas, terutama melalui ruang politik, iaitu dengan menawarkan pelbagai maslahah siasah.
Kekuatan luaran dan campur tangan ke dalam tanzim harakah berlaku ketika jamaah mengalami kelemahan, miskinnya roh `aqidah di kalangan jundiyah dan qiyadah, kuatnya kecenderungan mengejar maddiyyah dan jawatan.
7. Lemah atau hilangnya kesedaran politik (wa’yu siyasi) dalam harakah. Sesebuah harakah yang tidak memiliki wa’yu siyasi yang tinggi dan baik, tidak akan dapat mengimbangi peredaran zaman, gagal mengambil istifadah dan pengajaran dari pengalaman lepas, tidak mengkaji peranan harakah di masa depan dan tidak mampu membuat suatu keputusan politik setempat berdasarkan situasi dan kondisi politik internasional.
Apabila harakah mengalami kelemahan seperti ini, akan berlaku sikap yang kontradiktif dan mudah terbawa arus. Keadaan ini memudah unsur-unsur negatif dari luar mengawal keputusan politik dalam harakah dan mengenepikan peranan majlis syura dalam jamaah.
Semua faktor kondisi yang dinyatakan oleh Ustaz Fathi Yakan adalah berkesimpulan dari masalah mendasar harakah Islamiah masa kini, iaitu “politik mendominasi tarbiah”. Keadaan ini menyebabkan suasana atau munakh harakah dikuasai oleh politik, bahkan sangat mempengaruhi pendirian dan sikap para anggota dan pimpinan harakah.
Kewajipan Memelihara Asholatud Dakwah (Keaslian Dakwah)
Permasalahan dan penyakit yang berlaku di dalam harakah dakwah, hanya dapat dikawal dan diubati dengan memelihara keaslian dakwah yang kita warisi dari Baginda Rasulullah SAW. Syeikh Mustafa Masyhur Rahimahullah, dalam sebuah tulisannya, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah, menekankan betapa pentingnya Muhafazhah `Ala al-Asholah (memelihara keaslian dakwah), agar harakah terjamin berada di jalan yang benar menuju sasaran.
Sekecil-kecil penyelewengan dari asholah dakwah, pasti akan melahirkan kegelinciran yang semakin hari semakin besar, serta menyeret harakah jauh dari jalan yang benar dan gagal mencapai sasaran harakah. Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna selalu menekankan agar jamaah beriltizam dengan Islam, Al-Quran dan As-Sunnah serta melangkah ke medan dakwah berpandukan Sirah Rasulullah SAW ketika beliau menegakkan Daulah Islamiah pertama. (Mustafa Masyhur, Qadhaya Asasiyyah `Ala Thoriqud Dakwah).
Memelihara Asholah Dakwah bererti meletakkan kepentingan kepada tarbiyah. Kerana itu, tarbiyah dalam jemaah tidak boleh dikesampingkan atau diabaikan demi memenuhi tuntutan kegiatan politik, publisiti bahkan jihad sekalipun. Perencanaan takhtit dan tanzim semata-mata tidak mencukupi tanpa tarbiyah untuk membina izzah harakah di mata musuh Islam.
Usrah merupakan tulang belakang tarbiyah dalam jamaah, yang berperanan sebagai wasilah yang mendidik ahli dan membentuk rijal. Semua anggota di manapun peringkat jamaah, samada ahli hinggalah pimpinan tertinggi wajib mengikuti peringkat-peringkat tarbiyah sehingga sampai ajalnya.
Kesimpulan
Ternyata, kewajipan itu lebih banyak dari batas waktu yang kita miliki. Kerana itu, dakwah kita tidak dibina atas dasar rukhshah (keringanan), tetapi dibangun atas dasar `azhimah dan tekad yang teguh. Jika hal ini diperhatikan dengan sewajarnya, dari peringkat ahli sehinggalah pimpinan jamaah, segala permasalahan yang sering melanda harakah dan dakwah, nescaya virus bahaya yang menular dalam tanzim binaan jamaah dapat diatasi.
Semoga kita mengambil pelajaran dan manfaat dari taushiyah yang disampaikan sejak enam belas tahun silam oleh seorang da`ie yang menjadi qudwah kepada kita, demi kebaikan dan kejayaan harakah dakwah di Negara kita.
Kepada para Pejuang yang merindukan kejayaan…
Kepada Rakyat yang kebingungan di persimpangan jalan Kepada Pewaris peradaban yang telah menggoreskan
Sebuah catatan membanggakan di lembar sejarah manusia Wahai kalian yang rindu kemenangan…..
Wahai kalian yang turun ke medan Demi mempersembahkan jiwa dan raga Untuk Islam tercinta…
Diantara tulisan yang perlu dihayati oleh para Da'ie.
PemergianMu amat dirasai ummah khususnya dipersada medan Dakwah.
Moga Allah merahmati pemergian Mu..
Wednesday, May 6, 2009
Al-Quran Pencetus Manusia Berfikiran Kritis
Al-Quran merupakan sumber segala ilmu pengetahuan. Hal terbaik yang dapat diminta daripada kitab suci ini ialah dorongannya kepada manusia supaya berfikir. Di dalam al-Quran tidak terdapat suatu hukum yang bersifat melumpuhkan akal manusia untuk memikirkan kandungn maknanya dan tiada sesuatu perkara pun yang merintangi akal untuk mencari pelbagai ilmu yang bersifat luas. Maksudnya, al-Furqan tidak melarang mereka mencari ilmu dan berfikir, asalkan masih dalam ruang lingkup kebenaran seperti kata ungkapan ‘buat apa sahaja selagi benar’, bahkan al-Quran menggesa manusia berfikir dan mencari ilmu pengetahuan. Ia menjamin cara berfikir yang sihat dan pandangan yang benar terhadap tanda-tanda kekuasaan Allah SWT yang diciptakanNya sebagai saranan kepada manusia agar beriman kepadaNya. Berfikir adalah suatu perkara yang amat diperlukan bagi memahami semua bentuk peringatan, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu" (Surah Saba’: 46)
Apabila kita memerhatikan al-Quran dengan tinjauan untuk menyelidik, kita akan dapati bahawa sesungguhnya ia mengarahkan akal manusia untuk mempergunakan kaedah yang lengkap dalam mencari hakikat. Antara ayat-ayat al-Quran yang berkisar tentang pemikiran kritis adalah:
1)(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah al-Ghasiyah: 17)
Kata soal ‘kaifa’ (bagaimana) itu menghendaki sebuah kajian dan cara untuk mengetahui hakikat sesuatu perkara. Allah SWT tidak memberi jawapan secara terang-terangan agar manusia itu bukan sekadar mengetahui sesuatu bahkan juga mengetahui bagaimana sesuatu perkara itu terjadi supaya manusia benar-benar mengenali dan meyakini sesuatu hal berlandaskan ilmu pengetahuan tentang apa yang telah diketahuinya. Dalam ayat di atas, al-Quran telah memusatkan perhatian kita sebentar tentang kejadian unta yang merupakan haiwan terdapat khususnya di negara-negara Arab sehingga pengkajiannya tidak memerlukan sesuatu objek yang sukar untuk dicari. Kita pasti akan berfikir dan mengkaji bagaimana unta dicipta berdasarkan firman Allah SWT tersebut. Hasilnya kita akan dapati bahawa istimewanya unta adalah mampu hidup selama beberapa hari tanpa air dan masih aktif di bawah terik mentari. Bonggol unta yang merupakan gumpalan lemak berfugsi menyediakan nutrient berkhasiat secara berkala semasa musim kekurangan dan kebuluran. Melalui sistem ini, ia mampu hidup selama tiga minggu tanpa setitis air ketika mengalami penyusutan 33% berat badan. Lantas, orang yang mahu berfikir akan memikirkan lagi siapakah pencipta unta yang mempunyai ciri sehebat begitu. Manusia sama sekali tidak pernah menjadikannya dan tentu sekali ia tidak terjadi dengan sendirinya. Maka, sudah pastilah pembuatnya tidak lain dan tidak bukan ialah Allah SWT Yang Maha Berkuasa.
2)"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan". (Surah al-Hujurat: 6)
Fokus utama perbahasan adalah pada ayat yang bermaksud “maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya”, di mana al-Quran mengajar manusia agar meneliti sesuatu maklumat yang diterima samada benar atau sebaliknya dan bukannya menerima bulat-bulat sesuatu perkara tanpa membuat penilaian terlebih dahulu. Penelitian dan penilaian terhadap sesuatu maklumat ini amat penting agar kita tidak tersalah dalam berfikir, bertindak dan membuat keputusan lebih-lebih lagi ia melibatkan orang lain yang akan membawa akibat yang lebih besar dan buruk seperti penganiayaan, kezaliman dan fitnah. Penurunan ayat ini juga adalah sebagai peringatan kepada orang Islam agar tidak menerima keterangan hanya daripada sebelah pihak sahaja.
3)"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta". (Surah al-An’am: 116)
Ayat ini mendidik manusia supaya bersikap konsisten pada kebenaran. Ia menyatakan bilangan majoriti samada pada pendapat, kepercayaan dan sebagainya tidak menjamin kebenaran sesuatu perkara. Oleh itu, apabila telah dikaji dan diketahui kebenaran sesuatu hal, maka hendaklah berpegang teguh kepada keputusan yang telah dibuat dan jangan goyah dengan sebarang kekeliruan yang cuba ditimbulkan. Daripada ayat ini juga, ia mengajar manusia agar berfikir sendiri tanpa mengikut-ikut pendirian orang lain.
4)"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan". (Surah al-Ma’idah: 8)
Ayat ini membicarakan kepentingan berfikir secara objektif dan tidak bias, iaitu adil. Keadilan hendaklah ditegakkan di mana sahaja tanpa mengira tempat, bangsa dan agama, samada kepada orang yang kita sukai atau pun tidak. Allah SWT juga melarang kita bersikap berat sebelah kerana kebencian kita terhadap seseorang atau sesuatu golongan, bahkan al-Quran sentiasa menggesa umat Islam berlaku adil baik kepada kawan mahu pun lawan kerana keadilan itu akan mendekatkan diri seseorang kepada taqwa. Oleh itu, Allah SWT sangat memurkai orang yang tidak adil.
5)"Dan janganlah Engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya…" (Surah al-Isra’: 36)
Ayat ini menolak sikap taqlid sebaliknya Allah SWT mengajar manusia agar berfikran terbuka, bukannya mengongkong fikiran dalam kejahilan dan hanya mengikut-ikut pandangan dan pendirian orang lain secara membuta tuli. Oleh itu, Dia mendorong manusia mencari ilmu dalam pelbagai bidang agar mampu memerhatikan kebenaran yang ada pada sesuatu kejadian lantas akan dapat memberi respon dan hujah dengan baik dan mantap dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan yang diceburi.
Kesimpulannya, kesemua ayat di atas membahaskan kepentingan penggunaan akal dengan betul. Daripada ayat-ayat tersebut, Allah SWT menuntut manusia agar mengkaji hakikat sesuatu kejadian bagi memantapkan lagi pengetahuan dan keimanan kepadaNya tetapi bukannya mengetahui sesuatu hal hanya melalui mulut orang lain dan mempercayai sesuatu bukan berdasarkan ilmu. Al-Quran juga mengajar manusia agar sentiasa berhati-hati dalam menerima sesuatu maklumat di mana keperluan kepada penyelidikan dan penelitian amatlah mustahak sebelum menerimanya. Selain itu, ia juga menyarankan manusia supaya bersikap konsisten dalam mempertahankan kebenaran walaupun pada masa itu pelbagai dugaan yang datang.
Seterusnya, al-Kitab amat menitikberatkan sifat adil yang perlu diamalkan dalam semua keadaan, tempat dan setiap masa. Dalam pada itu, ia amat menentang keras sikap bertaqlid buta kerana manusia telah dikurniakan akal oleh Allah SWT yang digunakan untuk berfikir sekaligus al-Furqan menitikberatkan kepentingan ilmu kepada manusia kerana kejahilan akan mendekatkan seseorang kepada kekufuran.
Justeru, melalui huraian elemen-elemen pemikiran kritis di atas, terbuktilah bahawa al-Quran itu adalah pencetus kepada manusia berfikiran kritis. Dalam pada itu, al-Quran bukan setakat membawakan lima contoh firman Allah SWT sahaja seperti yang telah dikemukakan di atas yang menggesa umatNya berfikiran kritis, malah terdapat banyak lagi ayat-ayat yang menyarankan agar kita berbuat demikian. Kuncinya di sini ialah sikap kita. Sesiapa yang rajin mencari dan mengkaji sesuatu maklumat, pasti dia akan beroleh pengetahuan dan pengalaman baru. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang malas menyelidiki dan meneliti kejadian-kejadian alam yang menjadi salah satu tanda kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Bukankah ilmu itu wajib dituntut oleh setiap insan yang bergelar Muslim?

Wednesday, April 15, 2009
Tuesday, April 14, 2009
Gadis Berniqob SIRI: 5
الصلاة خير من النوم
Kedengaran sayup-sayup suara Muazin melaungkan azan Subuh. Alice terjaga daripada tidurnya. Dia melihat sekeliling. Hairan, “Ini bukan rumah aku”, bisiknya di dalam hati. Akhirnya dia tersenyum sendirian, baru dia teringat bahawa dia sedang berada di rumah sahabatnya Humaira. Alice mencari-cari Humaira. Dia terpandang Humaira sedang tekun membaca al-Quran. Humaira menoleh ke arah Alice.
“Awal Alice bangun,” Humaira bersuara.
“Terbangun dengar suara azan tadi. Ira buat apa tu?” Alice menyoal walaupun dia tahu Ira sedang membaca al-Quran.
“Baca al-Quran. Kalau Alice mengantuk, tidurlah dulu. Ira nak solat Subuh dengan ibu.”
“Okey,” jawab Alice ringkas sambil menarik selimutnya hingga ke kepala dan menutupi seluruh tubuhnya.
Usai solat Subuh berjemaah bersama ibunya. Humaira masih tetap duduk di atas sejadah. Mulutnya kumat kamit melafazkan Istighfar, memohon keampunan daripada Allah. Kadangkala dia seakan menangis apabila teringatkan kesilapan yang pernah dia lakukan. Sejarah hitam yang hampir meragut maruahnya. Humaira mengambil sebiji buku kecil berwarna merah jambu bertajuk ‘Perisai Muslim’. Ia merupakan buku yang mengumpulkan zikir-zikir dan doa-doa yang diambil daripada hadith-hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam. Judul asal buku itu ialah Hisnul Muslim, susunan seorang ulama’ bernama Shaikh Said bin Wahf al-Qahthani. Humaira menyelak helaian buku kecil tersebut, dia mencari zikir-zikir di waktu pagi yang masih belum dihafalnya. Kedengaran suara makcik Limah memanggil Humaira.
“Ira, Nampak tak buku zikir ibu yang warna pink tu?”
“Ni, ada dekat rak buku ni ibu,” jawab Humaira sambil tersenyum. Dia teringat buku merah jambu tersebut adalah buku merah jambu yang sama yang sedang dia gunakan. Baru sebulan yang lalu dia membeli buku zikir tersebut. Itupun selepas diperkenalkan oleh seorang sahabatnya di UIA. Dia membelikan sebiji lagi buku itu untuk ibunya, makcik Limah. Gembira tidak kepalang makcik Limah ketika Humaira menunjukkan buku tersebut kepada beliau. Banyak sungguh zikir-zikir dan doa-doa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam amalkan tetapi tidak diketahui masyarakat.
“Alhamdulillah, ibu ingat dah hilang buku zikir ibu ni. Kalau hilang susahlah, ibu bukan hafal zikir-zikir dan doa yang ada dalam buku ni.”
“Alah, kalau hilang, nanti Ira belikan yang baru untuk ibu. Di UIA ada banyak.”
“Eh, zikir pagi di muka surat mana ye Ira? Ibu lupalah.”
“Ni, muka surat 119,” Ira berkata sambil menunjukkan muka surat itu kepada ibunya.
Perbualan mereka terhenti. Kedua beranak itu menumpukan perhatian kepada doa dan zikir yang mereka baca.
Sayup-sayup Humaira dan makcik Limah membaca apa yang ada di dalam buku itu. Tiada kedengaran suara mereka. Perlahan.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
Diikuti dengan bacaan ayat Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas sebanyak tiga kali. Diteruskan dengan pujian kepada Allah seraya memohon kesejahteraan untuk hari itu dan memohon perlindungan daripada kecelakaan yang mungkin berlaku dengan izinNya.
- أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ.
“Kami hayati waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dialah Yang Mahakuasa atas segala se-suatu. Ya Tuhan, aku mohon kepada-Mu kebaikan di hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, aku berlindung denganMu dari kemalasan dan kejelekan di hari tua. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari seksaan neraka dan kubur.”
Selepas dua puluh minit memuji dan memohon kepada Allah. Humaira menutup buku Hisnul Muslim. Dia bergerak ke arah Alice yang sedang nyenyak tidur. Humaira menarik selimut Alice. Dia tersenyum sendirian. Dia mengusik jari kaki Alice dan menggerak-gerakkannya untuk mengejutkan supaya bagung dari tidur. Entah siapa yang mengajarkan teknik tersebut tidak diketahuinya. Cuma setakat pengalaman Humaira, ia berkesan mengejutkan seseorang daripada tidur tanpa membuatkan dia terperanjat.
Alice membuka matanya.
“Isy, dah pukul berapa ni. Alice mengantuk lagi lah,” sungut Alice. Kesan keletihan kerana perjalanan jauh semalam masih terasa.
“Dah pagi Amoi oi. Jom bangun, kita sarapan. Alice kena tolong Ira buat breakfast pagi ni.”
“Alice mengantuklah, Ira buatlah sorang-sorang. Nanti dah siap, Ira kejutkan Alice ye,” jawab Alice sambil menarik selimutnya kembali.
“Iii mengada betul amoi ni, bangun-bangun.”
“Yelah, yelah. Kacau betullah Ira ni,” sungut Alice.
“Hah, macam tu lah. Ini nak tidur sahaja, bangun pagi-pagi ni elok. Murah rezeki. Burung pun keluar pagi untuk cari makanan, betul tak cik Alice?” gurau Humaira.
“Yelah, yelah, Ira nak perli Alice lah tu,” jawab Alice sambil ketawa. Mereka berdua teringat kisah di zaman persekolahan mereka. Ketika itu mereka di tingkatan satu. Alice telah menulis satu karangan Bahasa Melayu yang menceritakan tentang kerajinan. Karangan Alice telah mendapat markah yang tertinggi hingga di isi di dalam majalah sekolah mereka. Di dalam karangan tersebut, Alice telah membuat perbandingan antara manusia yang malas dengan burung-burung yang keluar pagi untuk mencari rezeki. Entah bagaimana contoh yang menarik tentang burung itu telah menyebabkan karangannya terpilih di dalam majalah sekolah mereka.
Mereka berdua bergerak ke dapur. Kelihatan makcik Limah sedang menyediakan sarapan untuk mereka berdua.
“La, ibu, kenapa ibu buatkan sarapan, kan Ira dah cakap biar kami sahaja yang sediakan sarapan,” kata Humaira seraya melihat sarapan sudah disediakan.
“Yalah tu, nak tunggu kamu berdua siap, laparlah perut ibu. Dah lah tu, ajak si Alice tu sekali minum. Nanti sejuk pula air dengan bihun goreng ni.”
Alice dan Humaira segera duduk di meja makan. Humaira membaca Basmallah secara perlahan sebelum mula mengambil makanan yang sudah terhidang. Terasa seperti ingin tercekik, Humaira lantas mencapai air yang sudah terhidang tanpa menyedari gelojohnya itu diperhatikan oleh makcik Limah.
“Hah, elok sangatlah tu minum dengan tangan kiri. Nak jadi kawan syaitan,” tegur makcik Limah tatkala melihat Humaira mengambil minuman dengan tangan kiri.
Humaira tersengih, Alice di sebelah seperti kurang faham.
“Ira tak sengajalah ibu, nak cepat sangat, tadi rasa macam nak tercekik. Maaf ya ibu.”
Alice segera cuba merungkai persoalan kepada apa yang dia baru sahaja dengar.
“Kenapa makcik kata Ira nak jadi kawan syaitan?” soal Alice.
“Ooo, sebab minum dengan tangan kiri ni amalan syaitan. Sebab tu makcik tegur Ira tu. Dia tu kalau dah lapar lupa semua.”
“Hmm, Alice tak faham lah Ira. Macam mana ibu Ira boleh tahu kalau kita minum dengan tangan kiri, kita jadi kawan syaitan.”
“Ooo, Alice ingat makcik pernah jumpa syaitan ke,” jawab makcik Limah berseloroh.
“Hehe, kelakarlah ibu ni. Kasihan Alice tu kena gelak.”
Alice turut ketawa. Dia mencari pinggang Humaira untuk dicubitnya. Geram kerana ditertawakan oleh Humaira dan makcik Limah.
“Aduih, sakitlah Alice. Okey, okey. Sorry okey amoi.”
“Hah, tu lah Alice tanya, Ira gelak pulak.”
“Alah Alice janganlah marah. Gurau-gurau sahaja. Okey biar Ira terangkan. Sebenarnya dalam Islam, dalam segala hal telah diajar. Dari bab-bab berkaitan kepercayaan atau belief, sampailah kepada bab-bab kecil seperti adab dalam makan dan minum. Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam pernah sebut lebih kurang begini, Ira pun tidak berapa ingat susunan ayatnya, “Jangan engkau makan dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.”
Makcik Limah berselawat dengan perlahan tatkala mendengar Humaira menyebut nama Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Dia teringat bahawa Humaira pernah menyatakan kepada beliau bahawa hanya orang yang kedekut sahaja tidak akan berselawat apabila mendengar nama Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
“Oo sampai macam tu sekali ya Islam ajar,” Alice bersuara.
“Banyak lagi sebenarnya adab-adab ketika makan,” sambut Humaira.
“Tapi kan Ira, ramai kawan-kawan Alice yang Islam, selalu sahaja minum dengan tangan kiri. Bukan seorang dua, tapi hampir kesemua kawan-kawan Alice macam tu. Tak pernah pula ada yang tegur.”
“Hmm…,” Humairah mengeluh.
“Bukan semua orang Islam amalkan cara hidup Islam Alice. Cuba Alice tengok dalam surat khabar. Rompak, rasuah, perkosa anak gadis, itu semua dilarang Islam tapi masih ada orang Islam yang buat. Inikan pula hal-hal yang dianggap kecil seperti adab makan ni.”
Alice mendiamkan diri sahaja mendengar penjelasan Humaira. Baru dua hari dia bersama Humaira, sudah banyak pengetahuan tentang Islam yang dia perolehi. Alice merasa hairan, ramai rakan sekuliah beliau di dalam subjek perbandingan agama atau comparative religion di universitinya orang Islam. Tetapi tidak pernah mereka menerangkan tentang Islam kepadanya. Jika dia bertanya mereka tentang Islam, mereka akan cuba mengelak dari menjawab. Tidak tahulah sama ada mereka memang tidak tahu atau sebenarnya malu untuk menerangkan tentang ajaran Islam kerana cara hidup yang adakalanya terpesong dari ajaran Islam.
“Hmm. Ira, Bukhari masih ada hubungi Ira?” tiba-tiba makcik Limah memecah kesunyian.
“Ada bu, banyak kali. Tapi Ira tak jawab pun. Malas,” jawab Humaira ringkas.
“Eloklah kalau begitu. Ibu tak mahu Humaira layan dia lagi. Sudah-sudahlah apa yang sudah berlaku.”
“Insya-allah bu,” jawab Humaira.
Persoalan tentang hubungan Humaira dan Bukhari kembali menerjah masuk ke dalam kotak fikiran Alice.
“Hah, pagi ini, apa rancangan kita Alice. Apa aktiviti kita?” soal Humaira.
“Entah, Alice pun tidak tahu mahu buat apa. Ira ada apa-apa idea?”
“Hmm. Kita jalan-jalan di pekan Tampin nak. Ira pun ada barang yang mahu dibeli.”
“Ok jugak. Pukul berapa kita nak pergi?”
“Dalam pukul sepuluh pagi nanti. Awal-awal sangat pun, kedai tak buka lagi.”
Humaira dan Alice segera mengemas meja makan. Sambil mencuci pinggan mangkuk di sinki. Mereka berdua berbual-bual dan bercerita tentang kisah mereka di zaman sekolah dahulu.
“Alie ingat tak Zaid?”
“Zaid mana ya?” soal Alice.
“Alah, Zaid ketua pengawas sekolah kita dahulu.”
“Ooo, ingat, ingat. Mamat tu pernah try nak tackle Alice, hahaha,” kata Alice sambil tergelak.
“Haah, entah apa lah mamat tu, amoi sepet macam Alice ni juga yang diminatnya.”
“Iii Ira ni. Tapi Alice tak layan. Gatal. Ira ingat tak ada satu hari tu, waktu Alice sampai di kelas, Alice jumpa satu surat dalam laci meja Alice.”
“Haah, lepas tu Alice pergi baca surat tu di hadapan kelas. Habis semua kawan-kawan kita dalam kelas tahu yang Zaid minat kat Alice. Kasihan mamat tu, sudahlah syok sendiri, kantoi pula tu.”
“Tu lah, siapa suruh tackle Alice. Sejak hari tu, dia tak tegur-tegur Alice lagi,” kata Alice.
“Memanglah, malulah dia. Satu kelas dah tahu yang dia suka kat Alice. Jahat betul Alice ni, kasihan dia.”
“Haha. Padan muka. Eh Ira, ada jumpa tidak kawan-kawan lama kita sejak sekolah dahulu. Dah lama Alice tak jumpa mereka. Kita buat reunion nak.”
“Hmm. Menarik juga idea Alice. Boleh kita kumpul kawan-kawan kita. Tapi sempat ke? Alice pun ada dua tiga hari sahaja lagi di sini.”
“Alah, sempat sahaja. Ira ada simpan kan nombor telefon kawan-kawan kita. Kalau dapat lusa pun okey. Paling kurang, kalau tak dapat jumpa semua, dapat jumpa sebahagian kawan-kawan pun okey.
“Okey, nanti Ira call kawan-kawan kita. Eh okeylah, Ira nak naik atas kejap, nak solat. Alice duduk-duduklah dulu. Baca buku ke, jangan tidur sudahlah. Asyik tidur sahaja. Nanti gemuk.”
“Solat, Ira solat apa? Bukan orang Islam solat lima kali sahaja ke? Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya’. Ni solat apa pula ni?”
“Solat Dhuha lah. Bukan solat wajib, solat sunat sahaja.”
“Oo. Okey Alice pun nak baca buku-buku yang ada di bilik Ira tu.”
Humaira terus bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhu. Itulah rutin harian beliau semenjak menjejakkan kaki di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Perkenalan dengan sahabat-sahabat yang mengajaknya menyertai usrah mereka, banyak mengubah gaya kehidupannya, dari biasa-biasa sahaja di dalam kehidupan beragama akhirnya berubah menjadi muslimah yang komited, yang berusaha mengamalkan segala macam bentuk sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Akhirnya, itulah yang membawa Humaira berubah hingga memakai niqab. Satu keputusan yang amat mengejutkan rakan-rakannya. Ada yang bersetuju, ada yang tidak tatkala beliau melahirkan hasrat untuk memakai niqab ataupun purdah.
Berbagai-bagai alasan diberikan oeh rakan-rakan Humaira. Ada yang menyatakan bahawa berniqab ini hanya satu praktis golongan ekstrimis kerana wajah bukanlah aurat, maka menutup wajah adalah satu sikap melampau di dalam beragama. Ada pula yang kurang bersetuju kerana ia mungkin akan menjarakkan lagi hubungan dengan sahabat-sahabat lain sekaligus menyukarkan kerja-kerja dakwah. Humaira mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh sahabat-sahabatnya. Sebenarnya, yang mendorong Humaira untuk berniqab ialah apabila dia membaca perbahasan para ulama’ tentang hukum menutup wajah bagi wanita di sebuah laman sesawang untuk muslimah http://muslimah.or.id. Itulah kali pertama beliau mengetahui bahawa ada ulama yang mewajibkan secara mutlaq bagi wanita untuk menutup wajah daripada pandangan lelaki yang bukan mahram.
Di situlah bermulanya. Humaira membaca dan terus membaca. Dia membaca hujah-hujah yang dikemukakan para ulama’ yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan. Akhirnya, Humaira meyakini pandangan ulama’-ulama’ yang menyatakan wajah bukan aurat, akan tetapi digalakkan untuk menutupnya bahkan sunnah kerana terdapat dalil-dalil menunjukkan ia adalah pakaian isteri-isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Lebih menarik, apabila Humaira membaca sebuah buku susunan seorang ulama’ hadis terkenal, Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, yang bertajuk ‘Jilbab Wanita Muslimah’. Ulama tersebut berpegang bahawa wajah bukan aurat berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran, hadis dan penafsiran para sahabat, akan tetapi isteri ulama’ tersebut tetap berniqab.
Ketika Humaira sedang khusyu’ mendirikan solat sunat Dhuha, Alice pula sedang leka membaca buku-buku yang ada di ruang solat tersebut. Usai menunaikan solat, Humaira terus memanggil Alice.
“Alice, datang sini kejap, Ira nak cerita sesuatu.”
“Hah, cerita apa?” jawab Alice sambil bergerak ke arah Humaira lalu duduk di sini sahabatnya itu.
“Ira nak sambung kisah malam tadi, cerita tentang Ira dan Bukhari.”
“Hmm, tapi Alice takut Ira sedih macam malam tadi.”
“Insya-allah, tidak.”
“Okeylah kalau macam tu, lagipun awal lagi ni kalau kita mahu ke pekan,” jawab Alice.
Humaira terus mula bercerita.
***
Hubungan Humaira dengan Emmy terputus terus. Tetapi itu tidak mengubah apa-apa. Humaira masih sentiasa berhubung dengan Bukhari. Kadangkala mereka berbual-bual melalui telefon sehingga satu dua jam. Cuma mereka masih belum lagi pernah keluar berdua-duaan. Mereka hanya bertemu di kuliah-kuliah feqh, hadith dan aktiviti-aktiviti dakwah. Setakat itu sahaja. Tiada seorang pun di kalangan sahabat-sahabat mereka yang dapat menghidu perhubungan mereka berdua. Jika tidak, sudah pasti mereka tidak akan membiarkan perhubungan yang berlandaskan nafsu itu berterusan.
Entah kenapa, mungkin kerana sudah terlalu lama asyik berhubung melalui telefon, terdetik di hati Bukhari untuk mengajak Humaira keluar. Humaira menolak, sudah banyak kali permintaan Bukhari untuk keluar bersama ditolak oleh Humaira. Berbagai-bagai alasan diberikan oleh Humaira, takut dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Entah bagaimana mudahnya syaitan memerangkap. Tidak terkeluar langsung alasan yang menyatakan bahawa perbuatan mereka itu bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah yang mereka pelajari di dalam kuliah-kuliah yang mereka hadiri.
Hinggalah satu hari, Bukhari sekali lagi mengajak Humaira untuk keluar bersamanya ke Wisma Yakin di Masjid India. Katanya mahu beli kitab-kitab agama terjemahan Indonesia. Puas Humaira menolak, tetapi akhirnya dia tewas jua dengan pujuk rayu Bukhari. Tapi dia memberikan syarat:
“Nanti kita jumpa di masjid India sahaja. Nanti jika di stesen LRT Gombak, ramai student UIA, ana takut nanti ada kawan-kawan kita nampak ana dengan anta,” Humaira menghantar sms kepada Bukhari.
“Ok, Insya-allah, thank you sayang, see you there,” jawab sms Bukhari kepada sms yang dihantar Humaira.
Humaira bersiap. Memilih jubah yang amat jarang dipakainya, dengan tudung labuh berwarna merah jambu yang sedondon dengan warna jubahnya. Minyak wangi turut dipakai, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Humaira apabila mahu keluar.
Tiba di stesen LRT Masjid Jamek, Bukhari sudah kelihatan menunggu. Dia hanya tersenyum melihat Humaira. Mereka berdua berjalan beriringan. Tiada sepatah kata pun keluar. Mungkin masing-masing masih malu kerana inilah kali pertama mereka keluar berdua. Mereka terus ke Fajar Ilmu di tingkat tiga Wisma Yakin. Memilih beberapa buah buku yang akan digunakan di dalam kuliah dan usrah mereka.
Ketika membayar di kaunter, pekerja kedia tersebut hanya tersenyum sahaja melihat mereka berdua, dia berkata:
“Bagus adik berdua, muda-muda dah kahwin,” kata pekerja kedai tersebut kerana menyangka Bukhari dan Humaira adalah pasangan muda yang sudah berkahwin. Siapa sangka gadis bertudung labuh dan pemuda yang kelihatan wara’ dengan kopiah dan janggutnya sebenarnya bukanlah pasangan yang sah.
Tatkala mendengar kata-kata pekerja kedai tersebut, berubah wajah Bukhari dan Humaira. Terus mereka keluar dari kedai tersebut selepas membayar harga kesemua buku yang telah dibeli. Bukhari mengajak Humaira untuk singgah di sebuah kedai makan. Mungkin kerana lapar, lagipun memang ketika itu sudah menjangkau jam dua belas setengah tengahari.
Tatkala selesai menikmati makan tengahari, kedengaran azan dari Masjid India yang terletak berhampiran sahaja dengan kedai makan tersebut. Humaira bersuara:
“Kita solat dahulu ya, lepas solat Zuhur baru balik.”
“Okey,” jawab Bukhari pendek.
Mereka berdua berjalan ke masjid, gaya seperti pasangan yang sudah berkahwin. Sambil berbual-bual dan kadangkala bergurau senda. Tidak seperti baru berjumpa tadi, yang mana masing-masing malu untuk berkata walau sepatahpun.
Usai solat Zuhur, Humaira keluar dari masjid dan melihat Bukhari sudah sedia menunggunya.
“Kita pergi ke KLCC nak. Ada PC Fair hari ni, ana ingat nak beli barang komputer ana,” terang Bukhari.
“Hmm, okey, tapi jangan lama sangat. Ana ada assignment hendak disiapkan.”
“Ok.”
Mereka singgah di sebuah kedai cenderamata, Bukhari menunjukkan sebuah rantai kunci yang berbentuk ‘love’, yang sangat comel dan unik ukirannya. Di atasnya tertulis perkataan ‘Love You Forever’.
“Lawa tak key chain ini, kalau anti mahu ambillah, ana bayarkan.”
“Betulke anta nak belikan ana ni.”
“Betullah, takkan ana tipu. Ambillah, bukan mahalpun.”
“Thanks Bukhari,” jawab Humaira.
Mereka berjalan menuju ke stesen LRT Masjid Jamek untuk pergi ke KLCC. Ketika melintas jalan, Humaira terasa sesuatu menyentuh tangannya. Dia melihat tangan Bukhari sedang memegang tangannya ketika melintas jalan. Humaira terkejut. Dia cuba menarik tangannya. Melihatkan yang Humaira kurang selesa, Bukhari terus melepaskan tangan Humaira. Dia membisikkan kepada Humaira:
“Asif, ana tak sengaja tadi,” bisik Bukhari kepada Humaira. Humaira hanya mendiamkan diri. Mereka terus masuk ke dalam LRT selepas membeli tiket. Di dalam tren LRT mereka duduk sebelah menyebelah kerana tiada lagi tempat duduk yang kosong. Bukhari sekali lagi cuba menyentuh tangan Humaira. Beberapa kali Humaira asyik menarik tangannya, akhirnya dia membiarkan sahaja. Inilah kali pertama tubuhnya disentuh oleh lelaki bukan mahram. Tanpa rasa takut mahupun segan, cinta yang dilandasi nafsu telah melenyapkan segala perasaan malu yang selama ini dijaga.
Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka dilihat seseorang. Syakira, seorang rakan seusrah Humaira turut berada di situ. Dia hanya berdiri jauh dari Humaira dan Bukhari kerana tiada tempat kosong untuk diduduki. Dia terkejut, Syakira mengharapkan bahawa dia tersilap orang. Istighfar beberapa kali dilafazkan. Seakan tidak percaya, pasangan yang sedang bermesra di dalam tren tersebut ialah sahabat seusrah dan sering bersama-sama menghadiri kuliah. Apatah lagi Bukhari yang turut dikenali sebagai pelajar cemerlang di kuliah al-Quran dan as-Sunnah. Syakira terkedu. Dia terkejut dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Mungkin bagi penumpang-penumpang lain, mereka menyangka Humaira dan Bukhari ialah pasangan yang sudah bernikah. Masakan seorang gadis bertudung labuh dan pemuda berkopiah yang bukan mahram boleh bermesra di khalayak ramai. Mungkin inilah persepsi penumpan-penumpang tersebut.
Tren itu sampai ke stesen KLCC. Syakira yang memang secara kebetulan turut mahu ke PC Fair di KLCC terus melangkah keluar sambil melihat sahaja tingkah laku Humaira dan Bukhari. Diikutkan hati, mahu ditegur di situ sahaja, tetapi Syakira masih ragu-ragu. Akhirnya dia memilih untuk bertindak selemah-lemah iman, membenci dengan hati apa yang dilihat tanpa mengubah dengan tangan mahupun lisan.
Mereka bergerak ke lokasi PC Fair, manakala Syakirah menuju ke Masjid asy-Syakirin yang berdekatan kerana dia belum lagi menunaikan solat fardhu Zuhur. Usai solat Zuhur, Syakirah bergerak ke lokasi PC Fair di KLCC. Dia memilih perisian anti virus yang diperlukan dan sebuah pembesar suara. Di satu sudut yang berhampiran, Bukhari dan Humaira sedang melihat-lihat perisian anti virus. Humaira dan Bukhari serta Syakira tidak menyedari kehadiran antara satu sama lain. Hinggalah mereka semakin hampir di antara satu sama lain. Syakira terdengar satu suara yang amat dikenalinya.
“Anta nak beli anti virus yang mana satu?” satu suara hinggap di telinga Syakira.
Syakira melihat ke sebelah kanannya. Kelihatan Bukhari dan Humaira sedang khusyuk melihat-lihat perisian yang ada. Kedudukan mereka sangat rapat. Syakira terkedu. Apakah dia masih mahu memilih tindakan selemah-lemah iman atau dia perlu menegur mereka berdua agar perlakuan yang dilandasi nafsu itu terhenti. Syakira memikirkan bagaimanalah seandainya ada adik-adik usrah mereka ternampak naqibah-naqibah seperti mereka berkelakukan sedemikian. Naqibah-naqibah yang sentiasa tidak lekang dengan nasihat dari ayat al-Quran dan hadis yang sahih. Syakira bersuara, dia memilih untuk mencegah kemungkaran dengan lisan.
“Humaira…,” dia memanggil nama sahabatnya itu. Perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Humaira.
Humaira terkejut mendengar seseoran menyebut namanya. Bukhari jua. Suara yang amat dikenali Humaira. Dia memandang ke arah kirinya, terkejut, sahabat seusrahnya, Syakira, sedang memerhatikan perlakuan mereka berdua. Sunyi seketika. Humaira terdiam. Syakira tergamam, mulutnya terkunci membisu. Humaira memecah suasana. Melihatkan keadaan sedemikian, Bukhari merasa terperangkap, dia segera meminta izin untuk berlalu pergi, ke tandas katanya, meninggalkan Humaira dan Syakira berdua.
“Apa anti buat di sini?” soal Humaira.
“Hmm, ana sedang mencari-cari software anti virus, tak sangka pula berjumpa dengan anti.”
“Dah lama ke anti di sini?” soal Humaira lagi berdebar-debar.
“Tidak lah lama sangat, baru sahaja, sebab tadi ana solat di masjid asy-Syakirin.”
“Oooo,” jawab Humaira.
Syakira mahu bertanyakan tentang Bukhari, tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Tapi dia tahu, dia mesti menyatakan kebenaran kepada sahabatnya itu. Dia perlu menyedarkan sahabat seperjuangan yang mana mereka bersama-sama menjadi naqibah, mendidik adik-adik usrah.
“Anti dengan Bukhari….” Tidak sempat Syakira menamatkan ayatnya, Humaira segera memotong. Humaira sudah menjangka inilah soalan yang akan diajukan Syakira.
“Ooo, ana kebetulan bertembung dengan dia di sini ketika belek-belek anti virus. Anti tahulah ana bukan pandai sangat bab-bab komputer ni. Jadi ana minta dia tolong pilihkan anti virus yang baik untuk ana,” terang Humaira cuba menyembunyikan dosa yang baru dilakukan.
“Hmm..” Syakira mengeluh. Dia berbisik kepada dirinya. “Sanggup anti menipu ana.”
Telefon bimbit Humaira berbunyi, menandakan ada sms yang masuk menerjah inboxnya.
“Ana rasa elok ana balik sendirian, kalau tidak nanti Syakira tahu tentang kita. Bye sayang. Ukhwah Fillah. Assalamualaikum wbt.” Sms dari Bukhari kepada Humaira.
“Anti lama lagi ke di sini, ana dah nak balik sekarang, apa kata kita balik sama-sama,” Syakira mencadangkan walaupun dia masih belum puas melihat-lihat perisian yang sedia ada. Dia terus membayar harga perisian anti virus dan pembesar suara yang dibelinya. Nafsunya untuk melihat-lihat lagi barangan yang ada tertutup setelah melihat perlakukan Bukhari dan Humaira.
“Elok juga, ana pun dah lama di sini,” jawab Humaira.
Di dalam tren LRT Humaira lebih banyak bercakap berbanding Syakira. Dia tidak tahu bahawa Syakira telah menyaksika segala-galanya. Syakira pula asyik berfikir, bagaimanakah harus dia menegur sahabatnya. Singgah juga di mindanya, apakah silap dan salah tarbiah yang mereka terima selama ini hingga akhirnya Humaira terjerumus ke dalam perkara yang selama ini mereka tentang iaitu ‘Coupling’. Mereka sama-sama sejak zaman matrikulasi di Petaling Jaya, hinggalah di Gombak, tidak jemu-jemu menghadiri program-program tarbiah, usrah, kuliah, bahkan menjadi naqibah pula buat adik-adik yang lain. Humaira juga sering memberi pengisian kepada adik-adik di matrikulasi di PJ walaupun sudah berada di kampus utama Gombak. Tetapi, Humaira yang berada di hadapan Syakira hari ini bukanlah Humaira yang dahulu.

Saturday, April 11, 2009
Gadis BerNiqob SIRI: 4
Humaira terdiam seketika. Dia tidak tahu mahu bermula di mana. Jika diikutkan amat berat untuk dia mengingati kembali kisah lamanya itu. Kisah yang mahu dia hapuskan dari kamus hidupnya.
“Isy Ira, tadi kata nak cerita, ni dia dok termenung pulak,” Alice menegur Humaira yang kelihatan sedang mengelamun.
“Hah Alice nak dengar cerita dari mana?” soal Humaira pula.
“Ok, Alice nak tahu macam mana Ira boleh kenal dengan Bukhari tu. Dulu, Ira just cerita Ira ada boyfriend nama Bukhari, Ira tak cerita pun macam Ira kenal dia,” Alice menerangkan.
“Hah kalau macam tu, biar Ira start dengan detik-detik awal kitorang kenallah.”
*****
“Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah”, kedengaran suara imam memberi salam. Semua jemaah mengikutnya, berpaling ke kanan, selepas itu berpaling ke kiri.
Kesemua jemaah sedang khusyuk beristighfar.
“Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah”. Selepas itu mereka bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah. Perlahan-lahan mereka berzikir sendiri-sendiri. Sunyi keadaan masjid ketika itu. Masing-masing menumpukan kepada ibadah masing-masing. Cuma kadangkala terdengar suara si bayi merengek, mungkin kehausan susu, atau kanak-kanak berlari, bermain di serambi masjid.
Usai sahaja memohon keampunan Tuhan dan memuji-mujinya, seorang demi seorang bangun untuk menunaikan solat sunat ba’diyah Isya’.
Humaira sedang mengemas telekungnya. Dia sudah usai menunaikan solat sunat ba’diah Isya’. Dia sedang menunggu ibunya, makcik Limah yang masih sedang di tahiyyat akhir. Selesai sahaja solat, makcik Limah terus pergi ke arah anak perempuannya.
“Jom balik ibu,” Humaira mengajak makcik Limah pulang ke rumah.
Makcik Limah hanya mengangguk. Sambil berjalan pulang ke rumah, kedua-dua beranak ini berbual-bual.
“Siapa yang jadi imam solat Isya’ tadi ibu? Tak pernah dengar pun suaranya. Rasanya bukan Ustaz Taib jadi imam tadi,” Humaira menyoal ibunya.
“Haah, bukan Ustaz Taib. Maghrib tadi ustaz Taib jadi imam, tapi tadi Isya’ bukan. Ibu dengar orang cakap yang imam tu anak ustaz Taib.”
“Oo anak ustaz Taib. Anak dia yang mana ye? Tak pernah nampak pun anak dia ikut dia datang mengajar kat masjid ni,” Humaira menyoal lagi.
“Entah ibu pun tak tahu,” jawab makcik Limah kepada anaknya.
“Piin,” kedengaran bunyi hon kenderaan dibelakang mereka.
Makcik Limah dna Humaira terus berhenti. Sebuah kereta Iswara putih berhenti. Kelihatan didalamnya Ustaz Taib dan seorang pemuda. Ustaz Taib membuka tingkap keretanya. Dia menyapa makcik Limah.
“Assalamualaikum WBT. Kak Limah apa khabar?”
“Waalaikumussalam WBT. Eh ustaz, baik-baik sahaja. Ni ustaz nak pergi mana ni? Ini bukan arah ke rumah ustaz?”
“Takdelah, saya nak pergi rumah tok penghulu sekejap. Ada hal nak bincang dengan dia.”
“Ooo, eh tu siapa tu duduk sebelah ustaz tu?” soal makcik Limah sambil jarinya menunjukkan ke arah pemuda yang duduk di sebelah kiri Ustaz Taib.
“Ini anak saya. Dia tengah cuti ni. Sebab tu dia ikut saya datang mengajar kat sini.”
“Ooo kat mana dia belajar tu ustaz?” soal makcik Limah lagi.
“Belajar agama je, dekat Universiti Islam Antarabangsa, dekat Gombak tu. Sekarangkan cuti semester, tu yang dia ada ni,” terang Ustaz Taib. Anaknya yang duduk disebelah hanya tersenyum sahaja. Sesekali dia menjeling ke arah Humaira yang sedang berdiri di sebelah ibunya, makcik Limah.
“Eh, ni anak akak ni, apa namanya? Dah lupa pulak, maklumlah dah tua. Sekarang study di mana?”
“Ooo yang ni nama dia Humaira. Sekarang baru je habis matrik kat UIA. Bulan Julai nanti dia masuk Gombak lah pulak.”
“Ooo, Humaira ambil kursus apa kat UIA tu?” soal Ustaz Taib kepada Humaira pula.
“Ekonomi je.”
“Oo nanti masuk UIA, bolehlah jumpa dengan anak saya ni. Dia belajar kat UIA. Tapi kursus lainlah. Lagipun dia dah setahun kat sana.”
“Ooo,” jawab Humaira pendek. Dia kelihatan tidak selesa. Dia perasan bahawa anak Ustaz Taib tu sedang melihat ke arahnya.
“Okeylah kak Limah, saya pun dah lewat ni. Lama pulak nanti tok penghulu menunggu kat rumah dia tu. Saya pun memang dah janji nak pergi rumah dia tu,” terang Ustaz Taib.
“Baiklah ustaz, Assalamualaikum WBT.”
“Waalaikumussalam WBT,” jawab Ustaz Taib. Dia terus menutup tingkap keretanya. Kereta Iswara putih itu terus meluncur ke arah destinasinya. Humaira dan makcik Limah meneruskan perjalanan mereka. Dalam masa tidak sampai lima minit, mereka sudah sampai di halaman rumah.
*****
“Ooo, macam tu rupanya Ira start kenal dengan Bukhari.”
“Haah, macam tu je. Takdelah best sangatpun,” jawab Humaira pendek.
“Tapikan, dari cerita Ira tadi, Bukhari ni baik orangnya, kenapa sekarang Ira dan mak Ira macam tak suka je dengan Bukhari tu?” Alice menyoal lagi.
“Itu baru start cerita lah Alice. Ira belum cerita lagi bila Ira start berhubung dengan Bukhari, dan kenapa pulak Ira benci sangat kat dia sekarang.”
“Hah, apa lagi, ceritalah kat Alice. Macam best je!”
“Hah best kata Alice, sampai hati Alice kata macam tu,” Humaira seakan-akan merajuk.
“Alah Ira, Alice main-main jelah. Takde bestnya, Alice nak tahu je. Ceritalah Ira.”
“Yelah, yelah. Amoi ni tak sabar-sabar pulak.”
*****
“Hah, Ira. Dah siapke barang-barang nak pergi masuk Gombak tu. Semua barang dah belike?”
“Alah ibu, barang-barang dari matrik dulu boleh guna lagi. Semua still ada dalam kotak tu. Tak payah beli yang baru pun.”
“Takkan tak nak beli barang baru kot, sarung bantalke, sarung tilam ke, beg nak pergi kelas ke?” soal makcik Limah lagi.
“Isy, tak payahlah ibu. Elok lagi barang-barang tu. Ira baru guna setahun je kat matrik. Elok lagi.”
“Kalau macam tu baguslah.”
Humaira hanya tersenyum sahaja. Begitulah ibunya, sangat mengambil berat. Setiap hal akan diingatkan kepada Humaira. Dari sekecil-kecil hal, sampai yang sebesar-besarnya. Humaira sedang membaca buku yang baru dibelinya dari pekan Tampin tadi. Menarik tajuknya ‘Sifat Solat Rasulullah’. Tertulis di kulit buku nama penyusunnya Shaikh Nasiruddin al-Albani. Humaira terus membaca dan membaca. Banyak hal-hal dalam solat yang tidak diketahuinya wujud di dalam buku ini. Lebih-lebih lagi di dalam buku itu diletakkan sumber-sumber hadith untuk setiap perbuatan dan perihal di dalam solat. Seronok membacanya. Selama ini Humaira hanya belajar solat di sekolah. Tak pernah pulak di ajar apa buktinya Rasulullah SAW bersolat sebegitu rupa.
“Hah Ira, lupa lak ibu nak bagitahu tadi. Tolong pergi kedai jap. Beli mee kuning. Mak nak buat mee gorenglah petang ni.”
Humaira terus bingkas bangun. Dia meletakkan buku ‘Sifat Solat Nabi’ itu di atas rak bukunya. Dia terus mencapai tudung yang memang sudah sedia disangkut pada hanger. Mudah bila nak keluar nanti. Dia menyalin pakaiannya. Tadi di rumah dia hanya memakai kemeja T berlengan pendek sahaja. Dia terus menyalin memakai kemeja T berlengan panjang, labuhnya juga sampai hampir ke paras lutut.
“Ira, duit ada kat atas meja kat ruang tamu tu.”
“Baik ibu,” jawab Humaira pendek.
Dia terus turun dari rumahnya. Dia mencapai basikal Le Runnya. Jarak kedai runcit dari rumahnya tidaklah terlalu jauh. Kalau menunggang basikal, tak sampai 2 minit pun. Humaira terus memecut basikalnya. Seronok tunggang basikal laju-laju macam ni. Tiba di selekoh Humaira berhenti seketika. Melihatkan tiada kenderaan yang lalu. Dia terus melintas dengan basikalnya. “Piin, Piin!”, kedengaran suara hon. Humaira menoleh ke kirinya. “Ya Allah!” terpacul kalimah itu dari lidah Humaira. Motosikal yang tadi dia lihat jauh sudah semakin hampir dengannya. Dia cuba mengawal keadaan, Humaira terus mengelak ke tepi jalan. Basikal Le Runnya terlanggar pili bomba yang ada ditepi jalan tersebut. Humaira tersembam ke tanah.
Motor Honda EX5 tadi berhenti. Seorang pemuda yang berkemeja T turun dari motor itu. Enjin motosikal dimatikan. Dia melihat ke arah Humaira. Pemuda itu kelihatan sedikit takut-takut. Mungkin risau hal-hal yang tak diingini menimpa Humaira.
“Akak, akak tak apa-apa ke?” pemuda itu mula bertanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memanggil Humaira. Panggilan ‘akak’ lebih sopan mungkin baginya.
“Kamu ni buta ke apa? Tak nampak ke orang melintas kat depan tu. Dahlah tu bawak motor dalam kampung laju-laju pulak tu.”
“Kak, saya minta maaf kak. Saya nak cepat tadi. Akak tak apa-apake. Macam cedera je dekat tangan tu. Nak saya hantarkan pergi klinik.”
“Tak payah, saya boleh pergi sendiri,” jawab Humaira pendek.
Humaira terus bangun. Dia membelek-belek basikalnya. Dia tidak memandangpun ke arah pemuda tadi. Dia berdiri membelakangkan pemuda itu. Masih elok basikalnya. Tak payahlah dia nak berjalan kaki ke rumah. Dia membatalkan hasrat untuk pergi ke kedai. Dia berpatah balik pulang ke rumah. Waktu itu dia melihat ke arah pemuda yang hampir-hampir melanggar dia tadi. “Astaghfirullah!” Humaira terkejut.
Pemuda tadi juga menoleh ke arah Humaira. Dia turut terkejut. “Ya Allah!”
Humaira terus menuggang basikalnya pulang ke rumah. Dia sedikit menyesal. Sedikit rasa malu timbul dihatinya. Pemuda tadi juga turut terkejut. Dia membiarkan sahaja Humaira pergi. Nyaris-nyaris dia melanggar Humaira. Nasib baik tidak ada apa-apa yang terjadi.
Sampai sahaja di rumah. Humaira terus meletakkan basikal di bawah rumahnya. Dia terus berlari naik ke atas. Dia masuk ke bilik air. Dia cuba mencuci luka di pergelangan tangannya. Pedih. Dia menahan sakit. Humaira keluar dari bilik air. Makcik Limah kehairanan. “Aik, bila pulak dia balik,” hatinya berbisik.
“Ira, mana barang yang ibu suruh beli tadi?” soal makcik Limah.
“Ye mak. Tak sempat belipun,” jawab Humaira pendek.
“Hah tak sempat beli? Macam mana pulak boleh tak sempat?” soal makcik Limah lagi. Dia terus pergi ke arah bilik anak daranya itu.
Dia melihat Humaira sedang meletakkan ubat pada ditangannya. Makcik Limah terkejut.
“Ya Allah! Ira accident ke tadi, kenapa tak cakap kat ibu?”
“Sikit je ibu, bukan teruk sanga pun.”
“Hah yelah tu. Tak nak pergi klinikke. Biar ibu call kan teksi. Kita pergi klinik. Biar doktor cuci luka kat tangan kamu tu. Cepat sikit sembuh.”
“Isy, tak payahlah ibu. Sikit je ni. Ira boleh letak ubat sendiri.”
“Suka hati kamulah Ira. Tulah bawak basikal laju-laju sangat. Kan dah accident!”
Humaira hanya mendiamkan diri sahaja. Dia terus meletakkan ubat di tangannya. Sesekali dia mengaduh kepedihan. Rasa pedih bila terlanggar luka ditangannya.
*****
“Haha! Kelakarlah Ira ni. Nasib baik tak apa-apa. Betullah cakap mak Ira tu. Ira suka sangat bawak basikal laju-laju,” Alice berseloroh sambil tergelak.
“Isy, apa pulak, budak tu lah. Bawak motor macam tak sayang nyawa.”
“Eh, sambung lah lagi. Baru pukul 11 ni. Pukul 12 malam nanti baru Ira boleh stop cerita.”
“Amboi! Ni nak dera Ira ke. Okeylah untuk cik Alice yang comel ni, Ira ceritalah lagi,” kata Humaira.
*****
“Assalamualaikum WBT.” Kedengaran suara lelaki di halaman rumah memberi salam.
“WaalaikumussalamWBT.” Makcik Limah menjawab. Dia terus mencapai tudungnya yang ada di dapur. “Siapa pulak yang datang tengah-tengahari ni?” soalnya di dalam hati.
Makcik Limah terus bergerak ke pintu rumah. Dia melihat keluar. Kelihatan Ustaz Taib, isterinya dan anaknya yang menuntut di UIAM itu.
“Eh, ustaz, ustazah. Apa tercegat kat bawah tu. Naiklah atas,” makcik Limah mengajak mereka naik ke atas rumahnya.
Makcik Limah terus bersalaman dengan isteri ustaz Taib. Dia mempersilakan mereka duduk. Makcik Limah mahu memanggil Humaira untuk membuatkan air kepada tetamu yang ada ini. Makcik Limah membatalkan hasratnya. Dia teringat yang tangan anaknya luka. Mungkin masih sakit lagi agaknya.
“Eh ustazah, ustaz, kenapa datang tak beritahu. Ni tak sediakan apa-apa ni. Tengah masak tadi kat dapur.”
“Eh, tak payah susah-susahlah kak. Kami pun tak rancang pun nak datang ni.”
“Ooo, macam tu. Eh biar saya ke dapur kejap, sediakan minuman, panas-panas ni, mesti ustaz dan ustazah hauskan.”
“Eh tak payahlah kak. Kami datang ni pun ada hak sikit. Pasal Humaira.”
“Hah pasal Humaira. Kenapa dengan anak saya ustaz? Apa dia buat?” soal makcik Limah. Dia terkejut apabila tiba-tiba ustaz Taib menyebut nama anak tunggalnya.
“Tak ada apa-apa. Ni tadi Bukhari baru bagitahu. Waktu dia balik dari pekan tadi, dia hampir accident dengan Humaira kat simpang tadi. Tu yang dia ajak kami datang sini. Yelah nak tahu juga macam mana keadaan anak akak tu,” terang ustaz Taib.
“Ooo. Patutlah. Ira ada dalam bilik tu. Biar saya panggilkan dia kejap.”
Makcik Limah terus pergi ke bilik anaknya. Humaira sedang berbaring-baring sambil menyambung membaca buku ‘Sifat Solat Nabi’ tadi. Dia khusyuk membaca tanpa menyedari kehadiran ibunya di pintu biliknya.
“Ira, Ira. Keluar kejap nak. Ustaz Taib sekeluarga ada kat luar tu. Mereka nak jumpa Ira.”
Humaira terus mencapai tudungnya. Dia dapat menjangka tujan kehadiran ustaz Taib sekeluarga. Humaira terus bergerak ke ruang tamu. Dia pergi ke arah isteri ustaz Taib. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ustazah Hasmah, isteri ustaz Taib.
“Apa khabar ustazah,” Humaira bertanya khabar sambil bersalaman.
“Ustazah baik-baik sahaja. Humaira macam mana?”
“Saya sihat je ustazah.”
“Hah luka Humaira tadi macam mana. Nak ustaz bawakan pergi klinikke?”
“Isy tak payahlah ustaz, sikit je ni,” jawab Humaira pendek.
“Kami datang ni nak mintak maaflah pada kak Limah dan Humaira tadi. Nasib baik tak jadi apa-apa tadi. Ni si Bukhari ni yang beria-ria ajak datang. Takut sangat dia tadi lepas waktu hampir accident dengan Humaira ni.”
“Takpelah ustaz, ustazah. Bukan apa-apa pun. Sikit je ni. Silap saya juga tadi. Main lintas je,” terang Humaira pula.
“Tulah, Bukhari ni. Dah berapa kali ummi cakap. Bawak motor tu perlahan-lahanlah sikit. Ni main laju je. Nasib baik tak jadi apa-apa,” tambah ustazah Hasmah lagi.
“Saya minta maaf ye Humaira. Tak sengaja tadi,” Bukhari pula bersuara.
“Hah rancak berbual. Berbual-bual tu, jomle minum sikit,” makcik Limah bersuara sambil menghidangkan air dan sedikit kuih kepada ustaz Taib sekeluarga.
“Eh dengar ceritanya, Humaira minggu depan dah nak masuk UIA Gombak ye?” soal ustazah Hasmah.
“Iye ustazah, minggu depan. Ada sesi orientasi lagi kat sana nanti. Lepas seminggu tu baru start kelas agaknya.”
“Haah, seminggu nanti kena sesi orientasi, tapi kat UIA dia tak panggil orientasi,” Bukhari cuba mencelah.
“Oo dia panggil apa pula?” soal ustazah Hasmah.
“Kat UIA dia panggil taaruf week.”
“Ooo, macam tu,” sampuk makcik Limah pula.
“Eh nanti minggu depan nak pergi UIA naik apa pula? Takkan naik bas kot? Barang banyak tu biasanya kalau budak baru masuk,” ustaz Taib pula mencelah.
“Rancangnya mungkin nak sewa kereta dari Tampin ni. Ingatkan petang ni nak pergi rumah Haji Abu tu. Ingat nak sewa van dia tu. Yelah banyak barang nak dibawakan.”
“Eh, apa kata biar kami je hantar. Lagipun waktu tu hari Ahad, bukan kami bekerjapun.
“Isy, tak payahlah ustaz, buat susah-susah ustaz je.”
“Takpe, kami pun bolehle juga nak ziarah saudara-mara kat Kuala Lumpur tu. Lagipun bukan jauh sangat. Dua jam sahaja perjalanan dari Tampin ni.”
“Hah, nanti saya ada waktu sesi taaruf week tu. Saya jadi komiti waktu taaruf week tu.”
“Ooo, baguslah macam tu. Kalau Humaira ada apa-apa masalah. Bolehlah jumpa je Bukhari ni. Mintak tolong dia. Manalah tahu kena ragging ke.”
“Isy ummi ni, kat UIA mana ada ragging-ragging.”
“Eh, tak ada ke. Ummi selalu dengar kat tempat lain, kalau orientasi je, mesti ada ragging-ragging ni. Benda biasa je ragging-ragging ni.”
“Tak adalah ummi. Kat UIA tak ada semua benda ni.”
“Oo baguslah macam tu. Tak payahlah makcik nak risau sangat tentang Humaira ni,” sampuk makcik Limah pula.
Humaira hanya mendiamkan diri. Dia memang sudah seda tahu bahawa di UIA tiada budaya ragging. Sejak masuk ke matrikulasi UIA di Petaling Jaya lagi, dia sudah tahu akan hal ini. Inilah yang mungkin membezakan UIA dengan universiti-universiti yang lain.
“Hah, Bukhari bagilah no handphone kamu kat Humaira. Senanglah dia nak telefonke, sms ke waktu kat Gombak nanti. Manalah tahu ada hal-hal penting ke,” ustazah Hasmah bersuara lagi.
“Betul cakap ummi kamu tu. Kalau demam ke, atau nak pergi Bandar KL beli barangke. Bolehlah kirim kat Bukhari ni. Dia ada motor. Tak payah Humaira nak keluar pergi bandak KL tu,” ustaz Taib menyokong saranan isterinya ustazah Hasmah.
“Isy, tak payahlah ustaz, ustazah. Buat susah-susah je,” jawab Humaira pula.
“Eh tak apa. Hah Bukhari, bagilah nombor handphone kamu kat Humaira tu,” ustaz Taib berkata kepada anaknya.
Bukhari menyebutkan nombor handphonenya sambil tangan Humaira ligat menaipnya di telefon bimbit jenis Nokia.
“Humaira, miss call saya. Saya nak save no handphone kamu,” Bukhari bersuara.
Humaira tidak berkata apa-apa. Dia terus mendail nombor telefon Bukhari yang baru sahaja dia dapat tadi. Telefon bimbit Bukhari berbunyi. Nombor telefon Humaira tertera di skrin telefon Bukhari. Bukhari menekan butang telefon bimbitnya dan menyimpan nombor Humaira.
“Eh, kak Limah. Kami balik dululah. Nanti apa-apa hal. Kami telefonlah,” ustazah Hasmah bersuara seraya bangun untuk bersalaman dengan makcik Limah dan Humaira.
“Iye, insya-Allah ustaz, ustazah. Kalau senang nanti. Datanglah lagi kat rumah ni,” jawab makcik Limah pula.
Ustaz Taib sekeluarga terus turun dari rumah makcik Limah. Makcik Limah dan anaknya Humaira berdiri di pintu rumah mereka sambil memerhatikan kereta ustaz Taib beredar dari rumah mereka.
Humaira terus membantu ibunya mengemaskan cawan-cawan minuman tadi. Walau luka ditangannya masih terasa pedih. Dia tetap membantu ibunya.
Jam sudah menunjukkan pukul satu tengahari. Lagi sepuluh minit masuklah waktu Zuhur. Makcil Limah memanggil anaknya.
“Ira, dah mandike. Nanti kita solat Zuhur berjemaah ye.”
“Ibu, Ira cutilah hari ni.”
“Aik cuti, pagi tadikan kita solat Subuh sama-sama.”
“Tadi, pukul sepuluh pagi tadi, baru darah keluar. Ira dah agak dah. Hari ni mesti cuti punya. Dari malam tadi Ira dah rasa semacam je kat perut ni. Nasib baik ‘pad’ ada lagi.”
“Ooo, kalau macam tu takpelah. Ibu solat sorang-sorang sahajalah ni. Ira pergilah rehat. Jangan buat kerja berat-berat. Nanti lambat baik pulak luka kat tangan tu.”
“Baiklah ibu,” jawab Humaira pendek.
Dia terus melangkah ke dalam biliknya. Dia ingin menyambung membaca buku Sifat Solat Nabi nya itu. Asyik tergendala sahaja dari tadi. Kalau boleh tengahari ini juga ingin dikhatamnya buku itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk. Humaira terus membuka peti mesejnya. Tertera nama Bukhari sebagai penghantar mesej itu. “Apa pulak mamat ni nak, baru dapat nombor dah hantar mesej,” rungut Humaira di dalam hatinya. Dia terus membaca mesej itu.
“Aslm wbt. Ya ukhti Humaira, ana mahu minta maaf atas kejadian tadi. Bukan sengaja nak langgar anti tadi.”
Humaira hanya membaca mesej itu. Dia tidak membalaspun. Malas kata hatinya. Dia terus membaca dan membaca buku Sifat Solat Nabi itu. Dan tanpa disedari dia terlelap di atas katilnya. Buku yang dibaca itu terletak di atas dadanya. Mungkin terlalu letih. Makcik Limah usai solat Zuhur. Dia terus ke bilik Humairah. Fikirnya mahu mengajak Humaira makan tengahari. Dia membatalkan niatnya itu apabila melihat anak tunggalnya itu sudah tidur. Dia membiarkan sahaja.
Jam 230 petang baru Humaira terjaga. Dia melihat telefon bimbitnya. Ada tiga sms yang diterima. Dia terus meembaca. Ketiga-tiga mesej itu dari Bukhari.
Mesej pertama: “Kenapa anti tak balas sms ana? Anti masih marah dengan ana?”
Mesej kedua: “Anti masih marah dengan ana?”
Mesej ketiga: “La Ba’sa. Ana tahu siapa diri ana. Kalau anti tak mahu berkawan dengan ana pun tak apa.”
Humaira hanya menggeleng-geleng kepalanya. Tidak faham. Baginya tiada keperluan untuk dia membalas SMS Bukhari. Belum pernah dia berhubung dengan mana-mana lelaki, bahkan nombor telefon bimbitnya pun tidak diketahui mana-mana lelakipun. Tadipun, dia tidak ada alasan untuk menolak bila Bukhari meminta nombor telefon bimbitnya. Jika tadi tiada ustaz Taib dan ustazah Hasmah. Memang jangan mimpi Bukhari akan mendapatkan nombor telefonnya. Humaira terus mendelete sms-sms dari Bukhari tadi. “Malas aku nak layan,” dengus Humaira di dalam hatinya.
*****
“Isy, Ira ni. Tak baiklah buat macam tu. Mesti bengang si Bukhari tu Ira tak layan dia.”
“Biarlah siapa suruh. Ingatkan pak lebai macam dia tu tak layan perempuan. Gatal jugak rupanya.”
“Isy Ira ni. Tak baik cakap macam tu. Entah-entah waktu tu dia betul-betul nak minta maaf ke,” Alice bersuara lagi.
“Ira pun fikir macam tu juga. Rasa tak baik buat macam tu. Jadi malam tu, Ira replylah sikit SMS dia.”
“Wah, reply jugak. Ingatkan tak nak layan si Bukhari tu.”
“Alah malam tu je Ira reply sms dia. Lepas tu sampai masuk UIA Gombak takdelah.”
“Ooo macam tu. Tapi Ira belum cerita lagi kenapa Ira dengan mak Ira marah sangat dengan dia.”
“Hmm,” Humaira seakan mengeluh.
Alice hanya memandang ke arah wajah Humaira.
“Alice percayake kalau Ira cerita kenapa Ira benci sangat dengan dia.”
“Mestilah, kenapa pulak tidak,” jawab Alice.
“Ira pun macam tak percaya yang Bukhari macam tu. Tak sangka budak baik macam dia sanggup buat benda tak elok macam tu.”
“Apa yang Bukhari buat Ira?” soal Alice tidak sabar.
“Lepas masuk UIAM Gombak tu, Bukhari adalah jugak sms-sms Ira. Dia selalu ajak Ira pergi kuliah-kuliah agama yang ada dekat UIA tu. Ira sukalah jugak dapat sms dari dia.”
“Oo macam tu.”
“Tapi, ada satu hari tu sms dia lain macam sikit.”
“Hah apa yang lain tu Ira, ceritalah.”
*****
Malam itu Humairah sedang membuat latihan Business Mathematicnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada sms yang masuk. Mesej dari Bukhari. Humaira tidak merasa apa-apa. Mungkin esok ada kuliah agama kot. Humaira terus membuka sms tadi.
“Aslm wbt Ya ukhti Humaira. Tengah buat apa tu?”
Humairah terdiam seketika. Apa pula mimpi mamat ni bertanya khabar malam-malam buta ni. Biasanya smsnya hanya berkisar pada mengajak hadir ke kuliah, pembatalan kuliah, takpun mesej-mesej yang berbentuk tazkirah. Humaira menaip mesej. Tidak sedap hati pula jika tidak membalas mesej ini.
“Wslm wbt. Ana tengah study. Apa mimpi akhi mesej ana malam-malam ni?”
Humaira terus menghantas sms itu. Tak sampai seminit sms berbalas lagi.
“Ana teringatkan anti. Asyik terbayang wajah anti sahaja.”
Humaira kelu seketika. Apa mahu dibalas. Tapi jarinya terus menaip sms.
“Akhi ni nak bergurau-gurau pula malam-malam ni. Ana tak ada masa. Ana nak study ni.”
Bukhari membalas lagi:
“Ana bercakap benar. I really-really miss u. Ana suka kat anti.”
Humaira terdiam. Gila! Tapi di dalam hatinya sedikit keriangan. Dia sudah tidak tahu apa yang mahu dibalas dengan sms itu. Terus ditutupnya buku Business Mathematicnya. Dia tersenyum sendirian. Jauh dilubuk hatinya, dia juga menyukai Bukhari. Tak sangka lelaki itu menyimpan perasaan yang sama kepada dirinya.
Malam itu Humaira asyik terbayangkan wajah Bukhari. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi:
“Esok kita jumpa di kuliah feqh ya. Dah lama ana tak jumpa anti. I miss you. Wslm wbt”
Humaira tersenyum. Sebelum melelapkan mata, sempat lagi dia menaip sms untuk membalas sms Bukhari.
“I miss you too. See you tomorrow.”
*****
“Amboi, jiwangnya kamu dengan Bukhari ni. Bukan main lagi ye Ira.”
“Entahlah Alice, Ira pun tak tahu kenapa dengan senang je Ira terima Bukhari tu.”
“Mungkin sebab dia baik kot. Sebab tu Ira senang je terima dia.”
“Mungkin betul juga kata Alice. Sebab Ira ingat dia baiklah Ira terima dia.”
“Hmm, jadi apa yang berlaku seterusnya. Dah suka sama suka tu,” Alice bersuara lagi.
“Hmm tulah yang Ira sedihkan, kami suka sama suka. Ira ada beritahu ibu Ira pasal ni. Dia pun tak kisah. Dia suka sahaja Bukhari tu.”
“Ooo macam tu. Habis tu ibu Ira tak suruh ke kamu bertunangke, kahwinke?” soal Alice lagi.
“Ada, ibu ada cakap, kalau dah suka sama suka tu, ikat sahajalah. Lagi elok.”
“Jadi, Ira dah bertunanglah dengan Bukhari tu.”
“Tak sempat pun. Bukhari menolak katanya belum sedia lagi. Ira ikut sahajalah.”
“Ooo macam tu,” kata Alice pula.
“Tapi eloklah tak sempat bertunang tu. Tak sanggup Ira nak ada tunang macam tu.”
“Kenapa Ira, apa dia buat?”
“Alice tahu, Ira ingat dia lelaki baik. Setia kat Ira. Lagipun dia aktif dengan aktiviti dakwah. Tapi rupanya sebaliknya.”
“Apa Bukhari dah buat Ira?”
*****
Humaira sedang membaca buku accounting di biliknya. Tak lama lagi peperiksaan semester. Maka Humaira menghabiskan masanya dengan mengulangkaji pelajaran. Kuliah-kuliah feqh dan akidah pun sudah dua minggu tiada. Memang begitulah, apabila lagi tiga minggu menjelang musim peperiksaan, kuliah-kuliah agama pada waktu malam akan dihentikan. Ini untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini mengulangkaji pelajaran mereka.
Humaira membelek-belek telefon bimbitnya. Sudah tiga hari tidak menerima sms daripada Bukhari. Mungkin sibuk agaknya. Masing-masing akan hadapai peperiksaan akhir semester. Tiada siapa yang mahu terkandas.
Tiba-tiba telefon bimbit Humaira berbunyi. “Mungkin ada sms dari Bukhari,” Humaira berkata di dalam hati.
“Aslm wbt. Ya ukhti! Maafkan ana kerana lama tak reply sms anti. Ana sedikit sibuk. Ana ada hal nak beritahu anti, malam nanti ana call anti.”
Humaira membiarkan sahaja mesej itu. Takpe, malam ini Bukhari akan menelefonnya. Sudah hampir lapan bulan, setiap malam ada sahaja sms yang akan dihantar oleh Bukhari. Kadangkala Bukhari akan menelefon Humaira. Hinggakan teman sebilik Humaira, Emmy berasa hairan. Kadangkala dia bertanya siapa yang telefon, Humaira hanya tersenyum sahaja. Humaira sangka rakannya Emmy tidak tahu apa yang berlaku. Itulah sangkaan awalnya. Tapi akhirnye rahsia yang terselindung terbongkar jua. Hari itu muncul kembali ke dalam lamunan Humaira.
*****
Satu hari Humaira keluar. Mungkin ke tandas agaknya. Waktu itu hanya Emmy yang ada di bilik. Rakan-rakan yang lain keluar. Emmy pergi ke katil Humaira. Dia mahu mengambil buku accountingnya yang dipinjam oleh Humaira. Tiba-tiba dia terlihat telefon bimbit Humaira. Terpapar satu mesej di telefon bimbit itu.
“Hai sayang, ukhti tengah buat apa tu. Ana rindu kat anti. Jikalah anti ada di sini ana ini, pasti ana akan membelai-belai rambut ukhti, mesti ukhti suka kan. Ukhti bayangkan kita berdua sahaja ……”
Emmy terus meletakkan telefon bimbit itu. Tak sanggup dia mahu membaca sms itu. Dia terkejut. Tak dia sangka. Dia seakan tidak percaya bahawa inilah yang dibualkan melalui sms setiap hari. Emmy terus pergi ke katilnya. Dia menunggu Humaira balik. Pintu bilik dikuak. Kelihatan Humaira masuk. Humaira bersuara:
“Tak tidur lagi ke Emmy?” soal Humaira.
“Belum lagi, tak mengantuk,” jawab Emmy perlahan. Diikutkan hatinya mahu sahaja dia bertanyakan Humairah tentang sms itu. Tapi dia menangguhkan hasratnya. Dia melihat sahaja apa tindakan Humairah selepas membaca sms yang ada itu.
Humairah kelihatan tersenyum-senyum. Entah apa yang ditaipnya. Dia membalas mesej Bukhari.
Emmy hanya memerhatikan sahaja. “Biarkan, esok masih ada. Aku akan dapatkan jawapannya dari Humaira esok,” kata Emmy di dalam hati.
Emmy terus melelapkan matanya walau hatinya tidak tenang dengan apa yang baru diketahuinya.
“Emmy, Emmy bangun. Jom kita solat Subuh berjemaah. Dah pukul enam ni,” Humaira mengejutkan Emmy. Dua rakan yang lain masih tidur lagi. Mereka sedang cuti. Maklumlah perempuan.
“Hah dah pukul enam. Tunggu jap Ira, Emmy nak ambil wudhu dulu.”
Mereka solat berjemaah berdua. Humaira menjadi imamnya. Usai sahaja solat, selepas berzikir beberapa ketika. Emmy bersuara:
“Ira, kalau aku nak tanya satu soalan boleh tak, tapi kau jangan marah ye.”
“Apa soalan kau tu Emmy, cakap jelah. Tak ada aku nak marahnya.”
“Siapa yang selalu telefon dan sms kau tu?” soal Emmy.
“Alah kawan akulah Emmy,” jawab Humaira.
“Lelaki ke perempuan?” soal Emmy lagi.
“Lelaki. Heheh takdelah perempuan, kawan sekolah Ira dulu,” jawab Humaira.
“Ooo, macam tu,” Emmy bersuara. Dalam hatinya dia sungguh tak sangka yang Humaira masih lagi mahu berselindung. Masih mahu menipu dirinya.
“Ira, aku sebenarnya syukur sangat dapat duduk sebilik dengan kau ni. Kau baik. Walau aku macam ni. Pergi kelas pun dengan baju ketat, pakai seluar jeans, kau still kawan dengan aku,” Emmy menyambung bicara.
“Heh Emmy,apalah ni, Subuh-subub macam ni buat cerita syahdu pulak. Biasalah tu. Sesama kawan.”
“Takdelah Ira, kau selalu nasihat aku. Dulu aku ingat lagi. Aku memang payah nak solat Subuh, tapi kau selalu kejutkan aku. Ajak aku solat jemaah macam sekarang ni. So, aku memang bersyukur sangatlah.”
“Hmm,” jawab Humaira.
“Aku harap kau akan kekal macam tu. Tak berubah. Aku nak kau ajar aku, bimbing aku. Tapi…” Emmy terhenti di situ.
“Tapi apa Emmy?” soal Humaira pula.
“Sebenarnya berat aku nak cakap ni Ira. Sebenarnya aku terbaca sms yang kau dapat semalam. Aku tak sengaja. Aku tak ada niat pun nak nak baca sms tu.”
Humaira terkejut. Segala yang cuba diselindungnya terbuka jua. Hancur! Maruahnya di hadapan Emmy hilang. Dia malu, sedih, marah. Malu dengan apa yang telah dia lakukan bersama Bukhari, sedih kerana maruah dia tercalar, segala noda-noda hitam yang tersembunyi di sebalik tudung labuhnyanya itu akhirnya terbuka jua. Marah! Geram! Geram kepada Emmy kerana membongkar apa yang dia sorokkan selama ini.
Humaira terus menanggalkan telekungnya. Dia bersuara dengan keras: “Siapa suruh kau baca sms aku?”
“Aku tak sengaja Ira, aku tak ada niat pun nak baca sms tu.”
“Ah! Kau memang sengaja cari kesalahan aku kan. Lepas ni bolehlah kau hebohkan kat kawan-kawan yang lain.”
“Ira, aku tak ada niat macam tu. Aku janji Ira, aku takkan bagitahu kawan-kawan yang lain. Aku janji Ira. Apa aku dapat kalau aku buat macam tu.”
Humaira terus pergi ke arah katilnya. Perasaannya bercampur baur, dia tidak tahu apa yang boleh dia buat lagi. Emmy terdiam. Dia pergi ke arah Humaira.
“Kau tak percayakan aku ke? Aku takkan bagitahu sesiapa tentang hal ni.”
Humaira mendiamkan diri. Emmy bersuara lagi.
“Dulu kau selalu nasihat aku, bila aku tak solat kau ingatkan aku, bila dulu aku dok gayut telefon dengan boyfriend aku, kau nasihat aku berhenti semua tu. Aku ikut cakap kau. Tapi kenapa kau jadi macam ni. Aku nak kau jadi macam dulu. Humaira yang aku kenal dulu.”
“Ah! Kau jangan nak ceramah akulah Emmi. Kau siapa? Kau ingat kau baik sangat. Dahlah. Kau dah tahu siapa aku sekarangkan. Dah aku nak tidur.”
Emmy terdiam.
*****
Humaira tersedar dari lamunannya. Itulah kali terakhir dia bersama Emmy. Selepas segala-galanya terbongkar, Humaira memohon untuk berpindah ke bilik lain. Entah apa rezekinya, mudah sahaja permohonan menukar bilik dia diluluskan. Bukan setakat itu, dia berpindah dari mahallah Sumayyah ke mahallah Asiah.
Humaira kembali membaca buku accountingnya. Perasaan sedih tiba-tiba muncul pabila teringat kembali pertengkarannya bersama Emmy. Akan tetapi sebentar sahaja, Humaira tersenyum kembali apabila mengingatkan janji Bukhari untuk menelefonnya malam itu.
*****
Alice terdiam. Cerita yang Humaira ceritakan seolah-olah satu kejutan buatnya. Humaira, gadis yang dia kenali sejak sekolah. Sukar berinteraksi dengan lelaki hatta teman-teman sekelas. Alice teringat, Humaira pernah membaling beg seorang budak lelaki keluar dari kelas hanya kerana budak lelaki itu mengganggu Alice. Tapi cerita yang dia baru dengar kali ini, seolah-olah Humaira yang lain wataknya. Bukan Humaira yang Alice kenali. Alice bersuara:
“Lepas tu, apa yang jadi, Ira? Macam mana Ira dengan Emmy?”
Humaira terdiam. Matanya merah, dia seakan-akan mahu menangis.
“Entahlah Alice, aku tak tahu. Dah lama aku tak hubungi Emmy. Mesti dia kecewa dengan aku.”
“Hmm, takpelah Ira. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Eloklah dapat kawan macam dia.”
“Yup. Dia baik. Memang dia kurang didikan agama. Waktu Ira baru kenal dia, Ira rasa macam susah nak masuk dengan dia. Waktu 1st week sebilik dengan dia. Tak pernah sekalipun Ira tengok dia bangun solat Subuh. Ira start perlahan-lahan ajak dia solat. Alhamdulillah dia mula-mula macam malas, tapi lama-lama dia ikut juga.”
“Hmm.”
“Ira tak cuba hubungi dia ke, atau ajak dia kawan balik dengan Ira?”
“Hmm, Ira bukan tak nak. Ira malu, malu dengan dia. Dia berubah jadi baik. Dia harapkan Ira untuk jaga dia, ajar dia solat, ajar dia mengaji, tapi akhirnya Ira yang rosak. Ira malu nak jumpa dengan dia lagi.”
Alice terdiam. Humaira seakan-akan tidak dapat menahan lagi air matanya. Dia menangis. Alice cuba memujuknya, menenangkannya. Alice menggosok belakang Humaira. Humaira menangis teresak-esak. Perasaan bersalah muncul di dalam hati Alice. Kenapalah dia perlu mendesak Humaira menceritakan kesemuanya? Kenapalah perlu dia merosakkan malam itu dengan tangisan Humaira. Kenapa? Kenapa? Cuma hati Alice masih bertanya-tanya. Apakah yang Bukhari lakukan sehingga Humaira begitu benci padanya. Niatnya untuk mengetahui hal itu padam apabila melihat tangisan Humaira yang tidak henti-henti.
Malam itu, Humaira terus menangis dan menangis. Entah kenapa perasaan sedih yan teramat sangat. Alice terus memeluknya, memujuk dan memujuk. Akhirnya Humaira tenggelam dengan tangisannya di dalam dakapan sahabatnya Alice. Malam itu menjadi saksi kepada tangisan kesedihan, penyesalan, tangisan memohon taubat dari Tuhan. Alice membiarkan sahaja Humaira di dalam dakapannya. Akhirnye mereka terlena. Malam menjadi sunyi.

Subscribe to:
Posts (Atom)