Thursday, March 12, 2009

Jagalah MuslimahMu Wahai Lelaki

Petang tu habis usrah, saya dan sahabat yang lain berhasrat untuk makan di kafe kuliyah sahaja. salah sorg dari kami berpuasa. lagipun untuk balik kolej, dah xsempat. maghrib kejap lagi dah masuk. ditepi meja kami ada pasangan yang sedang berbual. saya dan yg lain sibuk untuk pesan makanan. pasangan tu macam biasa, jadi kami pun xkisah sangat. setakat pemandangan cmtu, bg saya ok lagi.

sekejap kami duduk, makanan sudah siap. kami masih menunggu azan. sambil tu berborak tentang forum yang baru sahaja diadakan diUia. saya ni memang jenis yang suka memerhati dan cuba untuk memahami keadaan sekeliling. mungkin sahaja kerana saya mengambil bidang psikologi. jadi, sikit2 tu cubalah tty ilmu didada nih ditambah pengetahuan yang lain.

dihadapan saya, ada seorang sister. dihadapannya seorang laki. saya kenal laki tu. dia satu kelas minor saya. setakat yang saya tahu, dia budak baik. dia nampak macam xbiasa dengan ada seorang perempuan dihadapannya. sister tu pulak, asyik merenungnya. saya tidak tahu, tiba2 saya resah. resah dengan pandangan itu (walaupun matanya tidak ditujukan buat saya).

aduh...jika tidak masuk usrah ni, tentu saya juga buat begitu. bukan tidak pernah berpasangan begitu. jadi saya faham gelora dihati mereka. cara dan gerak tubuh sahaja saya sudah tahu. saya ingin sahaja kata padanya, "sis, jagalah pandanganmu, jangan biarkan dirimu terus leka dengan keseronokan berdua".

ada mesej masuk dalam inbox. "salam kak. kawan adik. dia dah semakin teruk. tadi dia cerita dia dah terlanjur dengan abg angkat dia. dia kata dia dah malas nak pk tentang hidup ni kak. adik risau. camner nak nasihat dia kak"

astaghfirullah. saya gelabah. adik2 yang saya sayangi. kerana mereka itu saudara seislam. saya delay dulu utk balas mesej nya. nanti saya akan fikirkan. bagaimana. mereka itu jauh. kalau dekat, sudah tentu saya bergegas kesana. saya hanya doa agar kawan adik tu akan mendapat peliharaan ALLAH.

sudah azan...laki tadi dan sister tu masih disitu. kalau makan, saya tidak kisah sgt. aduh! saya ingin katakan padanya. dihati lelaki itu, kelemahannya adalah wanita. ah! namun hati sahaja yg berbicara. saya belum mampu.

adik yang saya cerita tadi, saya sendiri tidak kenal. tapi dia dapat no phone saya dari kawan saya yang lain. kiranya saya ni ramai sangat dah "adik". ada masalah, col atau msg. itulah saya. alhmdulilah. namun bimbang juga. takut ia amanah yg tidak tertanggung. kenapa dia katakan kawannya begitu? sebab kawannya dulu lesbian. kenapa? sebab mak dan ayah buat xtahu. jadi bila ada yg menghulurkan kasih sayang, mudah sahaja dia menerima. sedangkan dia dan partner nya tu xsedar, perasaan mereka yg seperti kekasih tu adalah salah. saya tahu. bila ada sahabat yg bercerita pengalamannya. tiba2 je. ade perasaan tu. ingin peluk, cium. pastu, sudah terasa payah utk lupakan, tinggalkan. wlaupun sudah sedar.

pagi sebelum tu, saya pergi jumpa seorang rakan. dia dari universiti lain. sanggup semata2 untuk berkongsi kesedihannya. dia akan masuk mahkamah. kerana mendakwa dirogol. aduh. luluh hati rasanya. cmner boleh kene? DATE RAPE! ha? saya mcm xpercaya. padahal dia seorang yang bertudung labuh dan terlibat dengan jemaah. saya cakap ni, bukan sbb saya baik. tapi saya nak ceritakan beberapa situasi yang menyebabkan saya terlalu bimbang dengan wanita sekeliling.

ape itu DATE RAPE? baru sem lepas saya belajar dalam subjek abnormal psychology. dirogol kerana sedang dating. laki, dia meminta. kononnya bukti cinta. wanita xmahu. jadi dia usaha untuk menolak. tapi wanita, anda sendiri maklum. berapa kerat sangatlah tenaganya dibandingkan lelaki. laki tu ingat, wanita ni sengaja "make the sexual activity is hard, thus, it more fun". aduh! tensionnye baca cmtu. (waktu saya baca untuk exam sem lepas. alhmdulilah masih boleh jawab). apa statusnya dimata undang2? hm..sahabat saya ni dulu bila kene, asyik menyalahkan diri. yelah. terasa kebodohan mempercayai seorang lelaki yang kita tahu nafsu mereka ibarat "singa yang sedang tidur", kalau dikejutkan, mmg dia baham sahaja siapa pun. saya tidak menghasut untuk membenci lelaki. tapi saya mahu anda faham siapa itu lelaki. tidak kisahlah dia dalam dakwah ke atau mat rock tepi jalan tu ke, sama je. ni yang kes couple nih. risau, risau. ALLAH berfirman:

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Surah al-Israk, ayat 32)

mgkin ada yg cakap. alaaa. dah selalu sangat dengar. meh saya bgth. apa itu mendekati zina? bila kata2 dilemahlembutkan. bila hati dan perasaan asyik teringat si dia. mula2 'syg'. pastu cakap nak kahwin. then, laki tu akan kata. 'syg, andai kau jadi milikku, akan ku kucup dahimu dimalam pernikahan kita'. huh. ayat saya ke ni? hehe. pastu nanti mula lah bicara selajutnya. nak buat itu, buat ini. pastu cakap rindu nak jumpa. gelora dihati tu, sudah tidak dapat menahan inginkan pertemuan. jumpa sekali ok, dua kali ok, 3kali try2 jugak nak pegang tangan. pastu, siapa leh tahan woi!. hah! kan tu dah mendekati zina. betul x saya cakap? (pertanyaan ini ditujukan buat yang merasa la).

simple la saya cakap. dekati zina bila msg tanpa perlu, col malam2 dan perjumpaan tanpa mahram. nmpak simple. tpi nak buat susah. kalau ada yang kata, saya xfaham, nah! saya bgth, saya pun pernah bercinta. saya tahu. bezanya, saya sedang mujahadah untuk meninggalkan semua itu. saya tanam dalam hati. REDHO ALLAH LEBIH UTAMA. NAK BAGI SYURGA ADALAH ALLAH. BUKAN MAMAT TUH.

tentang sahabat saya tadi. geram juga bila fikir dan tahu kisah dia. menangis saya dengar. betapa begitu? kerana saya sayang dia. apa yang akan dia hadapi selepas ini adalah teramat sukar. bukan setakat emosi yang tidak stabil tapi juga hidup yang penuh derita. anda bayangkanlah. laki tu paksa dia. sampai terhentak kepala kedinding. pastu siap tampar muka lagi. sakit tuh! aduh..xterdaya untuk ku teruskan penulisan ini sahabatku.

sahabat saya ni, murung. kelas xpergi. assignment xbuat. kawan2 lain dah marah2 kata dia ikut perasaan. walhal, diorg xtahu pun dia kenapa. dia jumpa kaunselor. cek2, dia menghidap DYSTHEMIA. penyakit psikologi. simptomnya, murung, sakit kepala, rasa nak bunuh diri, mata pedih, xleh tidur atau tidur banyak dan ada lah lagi. mana tidaknya. asyik depress dan murung. hormon pn dah lain. boleh bawak penyakit lain tuh. (kajian pakar psikologi). ada sape2 yg stress, jangan la sesekali biarkan diri anda depress. nanti jadi cmni plak.

dia sudah mendapat therapy. tpi siapa la boleh lupakan tu semua. dia kdg2 menangis. gembira. hidup sudah xterasa berharga lagi. rasa xnak hidup. pandang laki je takut. fikir tentang laki je anggp diorg tu sama je. parah! parah sahabat saya ni. ada pulak yang lamar dia. dah menangis2 terasa diri xlayak. hm..sahabatku, apa yg akan kukatakan padamu untuk menyatakan bahawa dirimu itu sentiasa suci dimata ilahi...semoga dirimu tabah.

sahabat sy bukan couple pn. cume temankan untuk survey tempat nak buat program. percaya sgt kat si mamat nih. padahal, dia tu dah mmg plan buat benda xbaik!. entahlah. saya belum cerita ye siapa laki yg tega memperkosa sahabat sy tuh? hm..pak alim kt U. baik giler. penceramah lagi. aduh! apalah sudah jadi dengan dunia ini. sudah tidak mampu rasanya untuk fikirkan. kita mngharap org seperti inilah yang akan bimbing ummah. tapi?...hm..jawab la sendiri ye. setakat yang saya tahu, laki tu ada masalah sexual. wallahualam.

kenapa saya cerita semua ni? kenapa? sebab saya mahu katakan. dunia ni sudah menjadi menakutkan. yakinlah. bahwa dunia hanya sementara. pilihlah untuk melamar redho ilahi. pilihlah cintaNya. biar cinta itu yg membunuhmu. bukan cinta yang tidak halal. wahai lelaki! tolong lah jaga muslimahmu. kasihanilah mereka yg lemah. bimbinglah mereka. ajarkan mereka cinta kepada Allah. semoga cinta kita hanya untukNya.

buat diriku, semoga Allah menerimamu sebagai hambaNya yang sudah mahu kembali padaNya. terimalah diriku. pimpinlah hati ku agar tetap kuat untuk melamar redhoMu. tiada cinta seindah cintaMu. berilah daku cahaya itu. cahaya cinta padaMu. agar xkan pernah kumenagih kasih yang lain. ampunkan dosa2 ku yang lalu..amin..selamatkanlah muslimah dari kejahatan mereka yg berniat jahat. amin..

buat diriku, muhasabah lah selalu. agar cintamu hanya pada Ilahi serta suami yang halal bagimu. Tuhan, jangan biarkanku jatuh cinta tanpa bimbingan dariMu. amin. ya RABB..

Monday, March 9, 2009

Perutusan Maulidur Rasul 1430 H



Segala puji bagi Allah taala tuhan semester alam yang menciptakan segala makhluk di muka bumi yang fana ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang digelar kekasih Allah taala, dengan perjuangan dan pengorbanan bagindalah umat Islam pada hari ini dapat menikmati keindahan dan kesucian agama Allah taala iaitu Islam.

Lafaz syukur disusun memuji keesaan Allah kerana dengan ruangan yang dikurniakanNya membenarkan pena ini berirama pada hamparan putih seindah cahaya keimanan menerangi ruangan kegelapan. Seperti sedia maklum 12 Rabiul Awal merupakan hari yang tidak akan dilupakan oleh umat Islam seluruhnya, hari lahirnya seorang insan yang berjaya meninggikan agama Allah ke pelusuk dunia bersama para sahabat yang telah terpilih.

Tatkala 12 Rabiul Awal tahun Gajah, lahirnya junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi hidayah bagi umat manusia semenjak lahirnya baginda hinggalah wafatnya baginda. Sehinggalah pada hari ini, baginda masih menjadi role model kepada umatnya sama ada dari segi kepimpinan, akhlak, ibadah dan lain-lain perkara kerana baginda terkenal dengan akhlak sikap mahmudah yang tidak mampu dimiliki oleh orang lain termasuk para sahabat baginda sendiri. Sebagaimana firman Allah taala di dalam al-Quran yang bermaksud :-

“ Dialah yang telah mengutuskan Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam) untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala yang lain walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

Umat Islam di seluruh pelusuk dunia menyambut dan meraikan hari yang penuh bersejarah ini menandakan kasih dan sayangnya umat pada kekasih Allah ini Nabi Muhammad s.a.w, namun dikesempatan yang ada ini inginlah saya mengajak para pembaca sekalian merenung sejenak akan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w tidak mengira sama ada pengorbanan dari segi harta-benda dan nyawa demi melihat umatnya berjaya di dunia dan akhirat.

Meraikan hari lahir baginda Nabi Muhammad s.a.w menjadi adat bagi umat Islam pada hari ini. Namun ianya sekadar merai dan menyambut tanpa mengambil segala teladan yang dicontohi oleh baginda untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Begitulah setiap tahun berlaku ke atas umat pada hari ini seolah-olah tidak menghiraukan dan membiarkan apa yang diketahuinya. Inilah golongan yang disebut “ ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Golongan yang hanya tahu berkata-kata demi kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan balasan yang telah disediakan oleh Allah kepadanya.

Oleh itu marilah sama-sama kita menginsafi segala amal perbuatan kita ketika mana bernafas dan berpijak di bumi yang fana ini sebelum Izrail diarah untuk menjemput kita ke alam yang kedua iaitu alam barzakh. Jauhi segala larangan-Nya dan beramal dengan ketaatan yang diperintahkan-Nya supaya kita tergolong dikalangan mereka yang dijanjikan Allah taala akan syurga-Nya insyaAllah.

Akhirnya, buat seluruh warga PERMAYA online terima kasih atas segala komitmen dan sokongan yang diberikan. Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari kisah teladan yang telah ditunjukkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Semoga ianya memberi semangat dan pedoman untuk kita jadikan sebagai bekalan ketika berjalan di muka bumi Allah taala ini menuju alam yang kekal buat selama-lamanya.

Salam Maulidur Rasul buat seluruh warga PERMAYA online.

Sekian,

Wan Mohd Arifuddin Bin Wan Omar
Setiausaha Agung PERMAYA
Sesi 2008/2009