Sunday, March 1, 2009

Bolehkah kita menggunakan pinggan mangkuk 'fine bone china'?

BAHAGIAN PERTAMA:

Fine bone china ada mengandungi 'bone ash'
(abu tulang) sebagai salah satu material dalam pembuatannya. tulang-tulang ini (selalunya tulang binatang) di bakar pada 1000 darjah celcius, dan pada tahap suhu setinggi tinggi, rupa dan physical properties sesuatu bahan telah bertukar sifat semulajadinya kepada property baru)

Katalah tulang yang digunakan ialah tulang babi, atau lembu, apakah hukumnya?
Bagaimana dengan memakai kasut atau tali pinggang kulit babi?

PENGENALAN

"Bone China"
ialah sejenis pinggan mangkuk porcelain yang dikategorikan mahal dan klasik. Porcelain ialah barangan seramik yang mana penciptaannya telah
dipelopori oleh Negara China sejak daripada kurun ke 7 lagi. Ini menyebabkan barangan porcelain ini dipanggil dengan gelaran "china". Malah "fine china" ditujukan kepada barangan seramik yang menggunakan tanah liat khas yang dipanggil "china clay" walaupun tanah liat ini dikorek di Amerika Syarikat.

Bone china dicipta oleh seorang Inggeris bernama Josiah Spode pada kurun ke 18. Perbezaan bone china dengan fine china yang lain ialah ramuan abu tulang haiwan ke dalam ramuan penciptaan bone china. Komposisi ramuan tersebut ialah 50% abu tulang, 25% china clay dan 25% china stone. Pada asalnya, abu tulang yang digunakan oleh Josiah berasal daripada seladang (ox). Abu tulang ini yang menjadikan warna china bone putih dan mempunyai tahap kekerasan yang tinggi.

Setelah banyak pembacaan di dalam internet, saya dapati abu tulang seladang adalah hanya salah satu daripada tulang-tulang binatang yang digunakan. Terdapat banyak lagi jenis tulang binatang seperti unta, kuda, lembu, dan juga.....babi. Tetapi bagaimana untuk membezakan tulang babi dengan binatang-binatang yang lain?

The bone ash used to make particular china may not have been made from hog bones. Most large china companies specify that the bone ash not contain hog bones. However, from my experience in the industry, most bone ash suppliers can not always guarantee that some hog bones might creep into their process.

Bagaimana ingin diketahui samada ia adalah barang porcelain jenis bone china? Bone china bewarna putih seputihnya. Oleh kerana ia diperbuat daripada abu tulang, maka ia adalah separa lut cahaya. Anda boleh lihat bayang tangan anda disebalik pinggan bone china jika diletakkan berhampiran cahaya. Untuk lebih lanjut boleh ke sini BONE CHINA.







Persoalanya:

-Boleh ke dia digunakan nie?

-Memang benar-benar adanya campuran tulang khinzir ker?

-Betul ke tulang pun boleh digunakan? Bukan ke kulit jer? Walaupun bukan dari haiwan yang tidak di sembelih dengan syarak, macam tu ker?

Apa pandagan para ulama’ berikutan masalah ini sama ada dikalangan mutaqoddimin mahupun muta a’hirin?

Sama-sama kita melihat kupasan mereka dengan bersandarkan dalil-dalil masing-masing:


SALAFI
Al-Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah menceritakan budaya kaum salaf, mereka memanfa'atkan bulu khinzir. Namun dalam madzhab Syafi'ie, kalimah lahmun (daging) khinzir itu menurut kaedah bahasa arab, merangkumi semua sekali khinzir tersebut. Maka mereka mengharamkan penggunaan bulu babi .
Sebagaimana yang penulis nyatakan di permulaan risalah ini , kemungkinan apa yang dijelaskan di atas berkenaan hukum khinzir adalah sesuatu yang baru lagi ganjil kepada sebahagian pembaca. Akan tetapi bezakan bahawa apa yang penulis jelaskan adalah sesuatu yang berhujjahkan di atas dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Maka nilailah penjelasan di atas berdasarkan dalil-dalilnya, bukan kebiasaan yang selama ini dipegang.

Ringkasnya khinzir adalah binatang yang baik dan bermanfaat bagi manusia. Kita hanya dilarang daripada memanfaatkannya sebagai sumber pemakanan. Jika tersentuh khinzir, memadai dengan basuhan air biasa. Lebih penting, hendaklah disedari bahawa khinzir dan anjing adalah dua makhluk Allah. Dengan kesedaran ini, janganlah kita mengkategorikannya sebagai makhluk yang najis, jijik, hina dan pelbagai lagi sangkaan yang buruk.

Lagi pendapat beliau:



QARDAWI
Yang dimaksud haramnya bangkai, hanyalah soal memakannya. Adapun memanfaatkan kulitnya, tanduknya, tulangnya atau rambutnya tidaklah terlarang. Bahkan satu hal yang terpuji, karena barang-barang tersebut masih mungkin digunakan. Oleh karena itu tidak boleh disia-siakan.
Kulit yang disebut dalam hadis-hadis ini adalah umum, meliputi kulit anjing dan kulit babi. Yang berpendapat demikian ialah madzhab Dhohiri, Abu Yusuf dan diperkuat oleh Imam Syaukani.
Dr Maza dan Dr Yusuf Al-Qardhawi berkata, apabila kandungan kimia bagi benda tersebut telah bertukar @ tidak sama dengan kandungan kimia bagi babi, ianya boleh digunakan dan tidak perlu disamak.
Tetapi dari penelitian saya, melalui rakaman Video Dr. MAZA .....yang nyata dan jelas..dia cuma katakan tulang yang tidak disembelih (bermakna kalau disembelih boleh dimakan) maka tiadalah masalah...akan tetapi jikanya dari khinzir.... dia sendiri tidak memberikan pendapat beliau..cuma beliau berkata..."saya kata kat tuan-tuan tak payah lah...." dia tak kata BOLEH sebagaimana mula-mula tadi... berbeza dengan Yusuf Qardawi yang menurut beliau membolehkan samada yg tidak disembelih mahupun dari khinzir.

HANAFI
Hukumnya BOLEH.
Tanpa mengira apakah jenis tulang yg digunakan (babi atau lembu). Ada dua kaedah penting yg mendokongnya dan banyak dihalusi dalam madzhab Hanafi, madzhab ahli Ra’yie yang sentiasa terdedah dengan perkembangan baru dalam hukum-hakam.

Kaedah pertama:
Ialah al-Istihalah atau kaedah perubahan zat, maksudnya tulang bangkai yang asalnya najis, tapi bila zatnya telah berubah menjadi romaad (abu) dan dibakar lagi bersama tanah liat (clay) dalam industri pinggan mangkuk, maka ia akhirnya berubah menjadi pinggan dan sifat asal tulang itu sudah lenyap sama sekali (lihat Ibn Abidin al-Hanafi, Radd al-Mukhtar, edisi Bulaq, 1:217)

Kaedah kedua: Ialah al-Istihlak atau kaedah hancurnya zat. Maksudnya zat sesuatu yg najis atau haram kemudian bercampur dengan zat lain yang suci yang banyak kuantitinya, lalu ia larut dan keluar suatu zat yg baru yang suci dari segi bau, rasa dan warnanya. Dalam kes fine boneware china, tulang yang sedikit bercampur dgn bahan suci yg banyak, kemudian terhasil pinggan-mangkuk yg suci dari segi bau, rasa dan warnanya, maka ia dianggap suci. Ini ditegaskan keharusannya oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah al-Harani (MF, cetakan Riyadh, 21:508)

Namun, walaupun finebone china itu harus, tapi jika harganya mahal dan termasuk pinggan mangkuk yang eksklusif dan membawa pemiliknya riak atau lambang kemewahan seseorang maka ia jatuh hukum berlebihan dalam memiliki perhiasan. Apatah lagi jika ia hanya dipamirkan sahaja dalam display cabinet di ruang tamu. Jika itu saja kegunaannya, maka lebih baik dijauhi atas dasar kesederhanaan dalam Islam.

M.U.I.S (SINGAPORE)
Q8. Is it permissible to use bone china?
Bone china is a new type of china in which its main exponent is made from animal bone. The bone is first heated up to 1000 degrees celsius until it changes form and is then hardened by mixing it with other materials such as clay.
From this we can observe that the bone's main traits have changed and it has also been mixed with other materials or chemicals in order to create bone china, its usage is therefore permissible as it is no longer considered najis.

Ini adalah jawapan @ Fatwa mengikut pandagan Majlis Ugama Islam S’pore .

JAKIM yang bersandarkan As – SYAFI’E

JAKIM berpendapat TIDAK BOLEH, melalui sandaran-sandaran yang di cari gali dalam internet juga, melalui artikel-artikel dibawah:

Antaranya.. Jawapan JAKIM pada tahun 2005:



Tapi kenapa lain pulak jawapan JAKIM tahun 2007? Suasana dah bertukar ker? Sehingga berhajatkan perubahan dari hukum yang pertama kepada hukum yang kedua?

Cuba kita tengok jawapan JAKIM 2007:

Soalan 01 :
Saya mempunyai satu set pinggan yang mempunyai komposisi yang menggunakan tulang (calcined bone ash) lembu/kerbau yang tidak disembelih. Adakah ia boleh digunakan atau tidak? Rujukan informasi:
http://www.thepotteries.org/types/bonechina.htm
http://www.spode.co.uk/History/history_finebone4.html

Jawapan :

Barangan yang diperbuat daripada kulit atau tulang binatang yang halal dimakan tetapi tidak disembelih atau disamak mengikut syariah Islam adalah najis.

Begitu juga barangan yang diperbuat daripada tulang ataupun kulit binatang, bulu dan apa sahaja daripada binatang yang yang haram dimakan harus digunakan selepas disamak. Alat-alat untuk menyamak kulit binatang ialah tawas, tahi burung merpati, kapur barus atau sesuatu bahan-bahan tajam yang boleh menghilangkan bau dan juga menanggalkan daging-daging yang melekat pada kulit binatang tersebut.

Walau bagaimanapun kulit, tulang, bulu dan sebagainya dari binatang yang tergolong dalam najis mughallazah ia adalah najis, tidak boleh disamak dan haram digunakan..

Status:
Selesai - Paparan Web
Nombor Rujukan: PANEL SJAI 301007
Tarikh Selesai: 30/10/2007 11:14 AM

Soalan 02 :
Apakah hukumnya menggunakan pinggan mangkuk yang dibuat dari abu tulang haiwan.
Contohnya dalam : http://home.howstuffworks.com/lenox.htm/printable.

Jawapan :
Hukum menggunakan abu tulang haiwan yang tidak halal dimakan seperti tulang babi dan seumpamanya dan tulang binatang halal yang tidak disembelih mengikut hukum syarak untuk membuat pinggan mangkuk adalah haram digunakan oleh umat Islam.

Status :
Selesai - Paparan Web
Nombor Rujukan : PANEL SJAI 280807
Tarikh Selesai : 28/08/2007 03:04 PM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tidak pulak dinyatakan sandarannya dari mana..

Lagi dari Jabatan Ugama Islam Selangor...



Soalan :
Assalamualaikum,
Saya baru membeli set pinggan mangkuk 'fine bone china'. Tetapi baru saya ketahui dari khidmat pelanggannya bahawa serbuk tulang atau "bone ashes" digunakan untuk membuatkan pinggan nampak translucent.
Jikalau tulang tersebut dari babi, bolehkah saya menggunakannya? Jikalau dari binatang lain seperti lembu, kambing yang tidak disembelih, bagaimana pula?. Harap dapat penjelasan yang sewajarnya. Terima kasih.

Jawapan :
Waalaikumussalam,
Menggunakan serbuk tulang babi untuk membuat pinggan adalah najis Mughallazah. Haram digunakan pinggan tersebut. Begitu juga tulang binatang lembu, kambing atau binatang halal yang tidak disembelih. Hukumnya najis sama seperti bangkai, kecuali bulu binatang halal yang diambil masa binatang itu masih hidup adalah suci dan boleh dimanfaatkan seperti membuat pakaian.

Kata Imam Nawawi dalam Al Minhaj
:
Dan bahagian yang terpisah daripada binatang yang masih hidup hukumnya adalah sama seperti bangkai kecuali bulu binatang halal dimakan. Maka hukumnya bersih.
Ijtihad Imam Syafi’e yang mengqiyaskan kenajisan babi dengan kenajisan anjing dengan kaedah "qiyas awla" nya (al-Syafi’e, Kitab al-Umm, Beirut : Dar Marifah, 1393H, jil. 1, m.s. 9). Logiknya menurut beliau, jika anjing yang tidak disebut pengharamannya secara jelas di dalam al-Quran wajib disucikan kenajisannya dengan cara samak (tujuh kali basuhan dengan basuhan pertamanya menggunakan tanah berdasarkan hadith riwayat Abu Hurairah yang direkodkan sahih oleh Muslim di dalam kitabnya al-Jami' al-Sahih atau sahih Muslim, Beirut : Dar Ihya al-Turath al-Arabi, jil. 1 m.s. 161), maka babi yang telah diharamkan secara jelas di dalam al-Quran lebih utama untuk disucikan kenajisannya dengan cara tersebut.



Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang.

Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak.

Mengenai isu pengunaannya (produk dari babi) pula, Jumhur Ulama’ melarang pengunaannya samada sebagai perhiasan, beg, kasut, pakaian dan sebagainya kerana ianya adalah najis, cuma bagi sebilangan ulama Malikiyyah, Abu Daud al-Zahiri dan juga al-Syaukani, mereka melihat tidak ada halangan untuk menggunakannya jika ianya telah melalui proses dibagh’ (samak).

KENAPA JADI MACAM NIE?
SIAPA YANG TAK KENA NIE, JAKIM BERMASALAH KE @ SIAPA YANG BERMASALAH?

Tetapi macam-macam masalah yang kita lihat berlaku hari nie, tetapi apa pandangan JAKIM, ada kontrovesi ker?

Isu Sosej:

Syarikat X tersebut telah mengeluarkan sosej bersalutkan usus babi dengan cop halal JAKIM. Maknanya, JAKIM telah memberikan pengiktirafan HALAL pada usus babi yang menyaluti sosej tersebut.

Apakah tindakan kaum Muslimin di Malaysia terhadap isu tersebut. Bukan sekadar tiada tindakan undang-undang dari pihak rakyat Malaysia beragama Islam yang ditipu bulat-bulat dan dibodohkan sebodoh-bodohnya oleh pihak-pihak Kapitalis yang tidak bertanggung jawab.

Gantirugi kepada para pelanggan umat Islam yang pernah makan?
Tindakan ke atas tuan punya restoran kerana mempermainkan umat Islam?
JAKIM pula bagaimana? Ada sesiapa yang meletakkan jawatan kerana kecuaian mereka dan kerana pengkhianatan mereka ke atas umat Islam? Patutlah Islam di Malaysia hari ini masih belum lagi hadhari lagi!

Sebelum kita buat sebarang andaian mahupun keputusan elok kita tinjau kupasan yang ini terlebih dahulu. Mudah-mudahan boleh di jadikan pedoman bersama.

Tingkatan halal dan haram :
Ketahuilah, bahawasanya yang haram itu semuanya jelek, tetapi setengahnya lebih jelek dari setengah yang lain. Begitu juga keadaannya dengan yang halal semuanya baik, tetapi setengahnya lebih baik dari yang setengah, bahkan lebih suci dari setengah pula. Sebab itulah maka darjat kewara’an orang yang menjauhkan diri dari yang haram itu bertingkat-tingkat pula keadaannya. Ada empat tingkatan, iaitu:


(1)Wara’ dengan menjauhkan diri dari segala perkara haram yang difatwakan oleh para fuqaha.

(2)Wara’
dengan menghidarkan diri dari perkara yang syubhat kerana takut kemungkinannya berasal dari yang haram.

(3)Wara’ terhadap perkara yang tiada samar lagi tentang penghalalannya, tetapi dikhuatiri akan menarik kepada yang haram; iaitu seperti meninggalkan perkara yang harus dilakukan.

(4)Wara’ melakukan sesuatu yang sememangnya tidak ada apa-apa yang menghalangnya atau tidak berdosa, akan tetapi dilakukannya atau diperolehinya bukan kerana Allah dan tidak pula atas niat bertaqwa kepada Allah, atau menguatkan diri untuk beribadat kepadaNya.

wara' yang dimaksudkan ialah menjauhkan semua perkara yang ternyata haram (termasuk juga perkara halal yang mempunyai unsur haram yang terselindung).

Tahap Pertama: Melibatkan fiqh al-zahir atau fiqh al-dalil. Iaitu semua orang boleh buat kalau dia ikut bulat-bulat cakap seorang mufti atau faqih bahawa sesuatu itu disepakati haram. Contohnya daging khinzir semua ulamak kata haram. Ini adalah tahap haram yang paling nyata. Kalau kita ikut kita berada di tahap pertama. Dalil pengharamanya amatlah jelas. Yang ini ramai pengikutnya. Yang tak ikut pun ramai jugak.

Tahap dua: Melibatkan fiqh al-ikhtilaf. Menjauhkan diri dari perkara yang tidak jelas sama ada haram atau halal. Perkara ini dinamakan syubhah. Contohnya ada mufti kata dividen ASB haram, ada pula yang kata ia halal. Kalau kita ikut cakap mufti yang kata haram, kita berada di tahap kedua. Ini dinamakan ihtiyat dalam hukum fiqh. Yang ini kurang ramai yang berjaga-jaga dalam menjaganya. Ramai yang kurang mengetahui adab-adab dalam ikhtilaf. Bila ada ikhtilaf biasanya kita ambil pendapat yang senang dan yang disukai oleh hati. Untuk orang awam tidak mengapa, pilih je yang mana suka. Tetapi jika sudah sampai kepada peringkat kefaqihan, ianya perlu lebih berihtiyat, perlu mengambil pandangan yang lebih syadid dan dapat keluar dari ikhtilaf.

Tahap tiga: Melibatkan fiqh al-maqasid. Menjauhkan dari perkara halal sebabnya perkara halal itu boleh membawa kepada perkara haram atau maksiat. Ini dipanggil saddu az-ziro'ah. Contohnya menjual nasi lemak asalnya ternyata suatu yang halal, tapi kalau dijual kepada orang dewasa pada bulan ramadhan, ia membawa kepada haram (walaupun orang tu kata ini untuk sarapan pagi anaknya) siapa yang menjauhi perkara ini maka ia di tahap ketiga. (kalau nak jual juga suruh anaknya sendiri yang beli). Penentuan hukum sebenar dilihat pada tujuan yang terakhir. Setakat urusan yang zahir tidak memadai, perlu mengkaji serta menyelami apakah tujuan yang terselindung sepertimana contoh nasik lemak tadi. Yang ini tak ramai yang melaksanakannya, mungkin tidak menyangka yang ia sebenarnya wujud. Bagi yang ingin memahami brkaitan ini, perlu mendalami semua selok belok ilmu usul fiqh.

Tahap empat: Melibatkan fiqh al-taqwa, menjauhkan daripada perkara halal, kerana perkara itu tidak dapat sedikit pun meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Ini adalah hukum fiqh yang paling tinggi mengatasi fiqh ihtiyat dan saddu az-ziro’ah. Contohnya pakai kereta mercedes diharuskan, tapi kalau ia tidak dapat meningkatkan ketaqwaan kepada Allah (bahkan hanya menimbulkan riak), maka lebih baik ditinggalkan.
Ini adalah penghulu segala maqasid. Ia selari dengan tujuan penciptaan manusia untuk beribadat dan bertaqwa kepada Allah. Kalau bab ni banyak sangat benda halal jadi haram. Untuk yang ini lebih ramai yang tak buat. Hanya yang mendapat hidayah sahaja yang mampu melakukan semua ini. Untuk memahami ini kena perlu mendalami ilmu fiqh yang digandingkan dengan ilmu tasauf.

Sekiranya kita mampu untuk berada di tahap yang pertama pun dah kira Alhamdulillah. Jangan tak termasuk dalam rangking langsung sudah yer.

Semoga Allah merahmati Imam al-Ghazali.
Wallahu a'lam.


KESIMPULANNYA:


“Sesungguhnya perkara yang halal itu sudah jelas, demikian pula yang haram sudah jelas. Dan diantara keduanya ada perkara syubhat. Maka barang siapa yang menjauhi syubhat, maka berarti ia telah berlepas diri untuk menjaga Ugama dan akhlaknya. Dan barang siapa yang melakukan syubhat, ia akan jatuh ke dalam keharaman . Ingatlah sesungguhnya setiap raja itu mempunyai larangan. Ingatlah, larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang haram.”

Berkata Imam Syafi'e :

"If you find anything that I teach differs from what Allah has guided us, and from Prophet Muhammad s.a.w. teachings, then just abandon it"

Imam Syafi’e suruh kita tinggalkan apa-apa ajaran dia, sekiranya ada yang menyalahi Allah dan ajaran Rasulullah s.a.w.

Adab-adabNya:

Bila ke rumah orang, jangan lah sesekali-kali kita sebok nak terbalikkan pinggan atau lapik cawan atas sebab nak tengok brand. Kena jaga adab sebagai tetamu. Tak mahu tuan rumah terasa hati nanti pulak ye.
TAPiiii !!! jika sekiranya kita ketahui yang tuan rumah memang menggunakan BONE CHINA macam mana pulak tu…..??

Walaubagaimanap, sebagai alternative kepada BONE CHINA pada tanggal 28/04/2008 dengan tajuk “Mewah Di Meja Makan” Akhbar UTUSAN MALAYSIA mengesahkan:

"Pinggan mangkuk Aynsley diperbuat daripada 52 peratus serbuk tulang lembu dan tanah liat, bahkan telah mendapat sijil halal yang dikeluarkan oleh agensi seperti Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) di UK.
"Justeru, masyarakat Islam tidak perlu was-was untuk membeli pinggan mangkuk ini,''

Jadi, tepuk dada tanya IMAN masing-masing..