Biar rebah jangan berubah.Biar terbuang terus berjuang.Ujian adalah tarbiyyah dari Allah.Semakin dekat bahtera diri kepadaNya,semakin kuat ribut taufan yang melanda.
Aku suka melihat perempuan yang cantik ini, Jika disalurkan dirinya kepada kebaikan.. Akhlaknya seiring sejalan dengan kesempurnaan parasnya. Tapi sayang … Aku hairan melihat perempuan yang cantik ini, Seringkali menggoda lelaki.. Adakah mereka menganggap dunia ini akan kekal selamanya.. Adakah mereka tidak takut dengan azab seksa Allah? Aku pelik melihat gelagat mereka yang ingin dikenali oleh lelaki.. Jika nama mereka tidak di sebut di bibir-bibir lelaki, Mereka resah tak keruan.. Adakah mereka tidak mengetahui pandangan lelaki terhadap mereka.. Ataupun mereka memang suka lelaki mempermainkan diri mereka? Nama mereka di jaja ke sana ke sini… Seperti tiada nilai diri mereka.. Mereka seronok dan mungkin bangga.. Kerana ramai di antara lelaki yang mengenali mereka..
Dengan hanya kata-kata perangsang lelaki… Mereka mudah mempercayai.. Adakah mereka tidak berfikir panjang dalam menentukan sesuatu.. Adakah mereka ingin menjadi hamba nafsu lelaki? Insaflah dirimu wahai wanita… Janganlah kau jadikan dirimu perosak lelaki.. Kerana dirimu terlalu berkuasa dalam melalaikan mereka… Cukuplah dirimu dulu….yang hina… Sehinggakan siapa yang mengangkat darjatmu… Adakah kau mudah lupa? Siapa lagi Kalau bukan yang bernama lelaki… Rasulullahlah yang berusaha mengangkat ketinggianmu… Islam itulah dasarnya … Mengangkat martabatmu sehingga memuliakanmu Takkan kau sanggup membuat yang sebaliknya kepada kedunya? Ingatlah asal usulmu.. Jadi janganlah kau jadikan dirimu sebagai pemusnah… Pemusnah generasi ummah.. Adakah kau tidak barsyukur?
Jangan kau menjadi fitnah dunia yang sementara ini. Insaflah wahai puteri serikandi Islam… Yang berjiwa kuat… Jadilah dirimu mahal… Tidak mudah hanyut dengan kehendak nafsu… Jagalah dirimu dengan akhlak yang tiggi.. Hiasilah dirimu dengan pakaian malu yang menebal.. Sehingga kau akan dapati, Akan lahirnya seorang mujahid yang berjiwa kental.. Dalam menelusuri perjuangan dakwah ini… Dalam menegakkan islam dipersada dunia…
Al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam Haasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti Radhiyallahu anhu : " Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat".
Di antara tanda cinta dan sayang seseorang terhadap seseorang yang lain, ia sanggup menuruti apa sahaja yang dikehendaki oleh orang yang dikasihi-Nya.
Perasaan cinta adalah merupakan fitrah yang Allah bekalkan kepada seluruh makhluk ciptaanya sama ada Manusia mahupun haiwan. Kerana dengan perasaan fitrah inilah, maka lahir lah perasaan kasih-sayang antara satu sama lain.
Oleh kerana itu lah, kita sering mendegar ramai yang membincangkan adanya cinta sebelum kawin dan cinta selepas kahwin. Maka dengan itu, lahirnya perasaan kasih sayang di antara suami isteri , Ibu bapa kasih kepada anak-anak dan begitu sebaliknya.
Perasaan sebegini lahir disebabkan ianya adalah perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:
من لا يرحم لا يرحم
“Barangsiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia tidak dikasihi”
Akan tetapi perasaan Cinta dan kasih-sayang yang sebenar perlu diletakan bagi Allah dan Rasul nya. Firman Allah Taala:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu "
Rasulullah SAW di waktu hayatnya tidak pernah mewasiatkan kepada para sahabat supaya menyambut hari kelahiran baginda. Begitu juga sebelum kewafatan nya, baginda SAW tidak juga mewasiatkan kepada umatnya supaya menyambut hari kelahirnya. BagindaSAW telah meninggalkan kita hampir 1400 tahun lamanya. Hari ini apa yang kita dapati, bila tibanya tanggal 12 Rabi’ul Awal, umat Islam seluruh dunia akan menyambut hari kelahiran baginda SAW dengan cara yang pelbagai. Ada di antara mereka menyambut dengan upacara perarakan dengan slogan-slogan yang berbagai, ada yang menyambutnya dengan diadakanmajlis-majlis ilmu dan tidak kurang juga yang menyambutnya dengan majlis kenduri-kendara.
Tulisan ini bukan ingin membincangkan soal hukum-hakam menyambut upacara tersebut tetapi apa yang ingin kita bincang dan persoalkan, mengapa begitu sekali reaksi umat Islam setibanya tanggal kelahiran baginda SAW ini…..?
Ini adalah disebabkan bukti tanda kasih dan cintanya umat terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
Satu ketika dahulu, bilamana dunia digemparkan dengan penghinaan ke atas Rasulullah SAW, apa yang kita saksikan umat Islam diseluruh dunia melenting melambangkanrasa tidak puashati di atas penghinaan ini. Inilah diantara bukti, betapa kasih dan cintanya umat terhadap insan yang mulia ini.
Bilamana bercakap soal perasaan KASIH & CINTA terhadap Rasulullah SAW, ianya tidak mendatangkan apa-apa makna sekiranya ia hanya lahir dari ucapan dibibir semata-mata. Demikian juga jika sekiranya masing-masing hanya berlumba-lumba dengan hanya mendirikan slogan yang pelbagai bila tibanya sambutan maulid baginda. Sebaliknya kita seharusnya mempratikkan perasaan KASIH & CINTA kepada Rasulullah SAW dengan mengikut segala contoh peribadi Baginda dan melaksanakan segala perintah darinya yang tercatat di dalam Sunnah nya.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang.
Para Sahabat Alaihim Aj’main, mereka merupakan kelompok manusia yang paling hebat dalam beramal dengan Sunnah Nabi SAW. Diantaranya Saidina Abu Bakar RA di dalam satu ucapan beliau menyatakan, “ Aku tidak pernah meninggalkan apa-apa pekara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sepanjang hayat baginda kerana aku bimbang jika aku meninggalkanya, ianya akan menyebabkan aku menyeleweng dari ajarannya ( sunnah). Demikian juga Abdullah ibnu Umar, syadidnya beliau dalam beramal dengan sunnah Nabi SAW sehinggakan tiap langkah perjalanan Nabi turut diikuti oleh beliau.
Rasulullah SAW diutuskan Allah bagi umat manusia seluruhnya. Ianya berbeza dengan Nabi-nabi sebelum daripadanya yang hanya diutuskan kepada umat-umat tertentu. Contahnya Nabi Hud AS kepada kaum Ad, Nabi Lut AS kepada kaum Thamud, Nabi Nuh AS kepada kaum Al-Mala’ dan Nabi Isa AS bagi kaum Bani Israil. Ini telah dijelaskan oleh Al-Quran di dalam banyak antaranya:
قل أيها الناس إني رسول الله إليكم جميعا ( الأعراف )
Katakan lah wahai Muhammad: “Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada kamu seluruhnya”.
وما أرسلناك إلا كافةللناس بشيرا ونذيرا ( سبأ/28 )
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya”.
Pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah sebagai Muallim bagi mengajar manusia cara hidup yang sebenar sepertimana yang dikehendaki oleh Allah Taala. Nabi Muhammad SAW tidak pernah jemu mengajak manusia untuk kembali dan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar walaupun terpaksa menggadaikan nyawa baginda sendiri, sebagaimana peristiwa Dakwah baginda SAW bersama Zaid bin Haarisah kepada penduduk Thoif. Demikian juga selepas kewafatan baginda, Nabi Muhammad SAW telah meniggalkan ajarannya ( sunnah ) sebagai bekalan bagi umatnya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua pusaka, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kamu beramal dan berpegang dengan keduanya, iaitu Kitaballah ( Al-Quran ) dan Sunnahku”.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Baginda Nabi SAW ini, marilah sama-sama kita menghayati sebaik mungkin perjalanan hidup dan sumbangan Nabi SAW dalam perjuagan Islam sebagai tauladan kepada kita semua dalam meneruskan mata rantai perjuangan Islam ini.
Sayangnya kepada Nabi SAW tidak memadai dengan hanya mengadakan majlis makan minum semata-mata, berarak dengan slogan-slogan yang pelbagai tetapi mestilah beramal dengan ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda secara keseluruhannya.
Disamping itu marilah sama-sama kita memperbayakan ucapan selawat serta salam kepada junjungan besar Baginda SAW. Kerana perintah Allah di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya"
قال النبي (ص): من صلي علي مرة صلى الله عليه بها عشر
Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berselawat ke atasku satu selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh kali selawat”
Penampilan diri dan cara pengendalian hidup terbentuk atas dorongan diri sendiri. Keperibadian menyatakan sesuatu yang terkandung di dalam diri seseorang. Secara psikologinya, sesuatu itu harus tejadi pada diri kita sendiri apabila kita menginginkan perkara yang sama terjadi pada orang lain. Jika kita ingin di hargai, maka seharusnya terlebih dahulu kita menghargai orang lain. Di dalam Al-Quran juga disebutkan " Tidaklah kebaikan itu di balas melainkan dengan kebaikan juga ". Sebagai makhluk yang bergelar manusia, sememangnya kita tidak dapat lari dari rasa kecewa dengan diri sendiri dan kitaran hidup. Ada di antara kita yang begitu kecewa dengan hidupnya hari ini, kecewa dengan keperibadian dan perwatakan sendiri. Mengapa terjadi demikian? Salah satu jawapan yang terhasil adalah kerana kita tidak pernah mengsyukuri nikmat-nikmat yang Allah berikan pada hari hari yang telah dilalui. Perlu diingatkan bahawa 'masa depan' kita adalah hari ini, jika kita mempunyai keperibadian yang kurang menyenangkan di hari semalam, maka hari ini adalah hari yang sesuai untuk kita memulakan sesuatu yang baik dan terbaik. Berfikirah sejenak, adakah kita memerlukan seorang sahabat yang paling rapat dan memahami, orang tersayang, guru atau penasihat untuk memperbaiki diri sendiri? Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kita memerlukan agen-agen tersebut untuk memperbaiki diri tapi rawatan yang paling mujarrab bermula dengan diri sendiri.
(a) Menjaga Kehormatan Diri
Hina dan rendahnya hamba di hadapan tuhannya adalah kehinaan yang semestinya. Hanya pada-Nya sahaja segala kekuasaan dan pemerintahan dan Dialah yang selayaknya untuk diagongkan. Manakala kehinaan dan kerendahan di hadapan sesama hamba Allah adalah kehinaan yang tidak semestinya. Dalam hubungan sesama manusia, orang yang merasa dirinya besar dan mulia adalah orang yang telah melampaui batas, kerana dia cuba untuk memiliki sesuatu yang bukan haknya. Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadis, maksudnya: "Barangsiapa yang ada di dalam hatinya rasa takabur ( besar diri) walau hanya sebesar biji sawi, Allah akan membenamkan mukanya di dalam neraka". Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik. Rasulullah SAW pernah bersabda: Maksudnya: " Barang siapa yang sedih kerana soal-soal keduniaan, dia akan menjadi orang yang tidak redha kepada tuhannya, dan barang siapa yang mengeluh kerana ditimpa musibah sebenarnya ia mengeluh terhadap takdir Allah. Barangsiapa yang membongkok-bongkokkan diri di hadapan orang kaya untuk mendapatkan habuan, maka dia telah membuatkan Allah murka. Dan barangsiapa yang menerima Al-Quran, mengakui kebenaranya tetapi masuk neraka (kerana dosa-dosanya), maka Allah akan melindunginya dari neraka)". Kebanggaan seorang muslim terhadap kehormatan dirinya, kebesaran agama dan keagongan tuhannya merupakan kebanggan yang mencerminkan kekuatan imannya. Kebanggaan kerana iman bukanlah kebanggan yang durhaka.
(b) Sabar dan Suka Memaafkan
Tingkat kesabaran sesorang dalam menghadapi hal-hal yang menyinggung perasaan adalah berbeza-beza. Ada yang tersinggung sedikit, segera memuntahkan kemarahan, dan ada pula yang sekalipun mengahadapi berbagai kesukaran tetapi tetap bersabar. Watak asli yang ada pada sesorang memang besar sekali peranannya di dalam menentukan sifat pembawakan orang yang bersangkutan. Adakah dia orang yang mudah marah atau tenang? Adakah dia orang yang tergesa-gesa atau sebaliknya? Adakah dia berfikiran keruh atau jernih dan sebagainya. Rasulullah SAW sebagai orang yang terkenal dengan sifat penyabar, tabah dan tidak cepat melatah bila menghadapi kekasaran daripada musuh-musuhnya dan juga pengikutnya. Adakalanya Rasulullah SAW marah, tetapi marah beliau berada di dalam batas-batas yang wajar, yang jelas diketahui dari sejarah perilakunya, beliau tidak pernah melakukan pembalasan kerana kepentingan peribadinya. Beliau marah hanya terhadap perbuatan-perbuatan yang melanggar perintah Allah. Pernah terjadi, seorang muslim memaki-maki angin, kerana tiupannya yang kencang membuatkan bajunya tersingkap. Mendengar peristiwa itu Rasulullah SAW memperingatkan: "Janganlah engkau memaki-maki angin, Ia hanya menurut perintah Allah. Orang yang memaki-maki sesuatu bukan pada tempatnya, maka caci-makinya akan kembali kepada dirinya" ( At-Tarmizi)
Kesimpulan:- 1. Seni bertenang memang sukar untuk dipelajari. Hanya dengan kesungguhan dan keazaman serta kesabaran sesorang itu akan menikamati hidup ini dengan tenang dan damai. Tetapi berapa ramaikah insan yang boleh memahami akan hakikat dan manafaat menenangkan diri sendiri. 2. Memberi kemaafaan adalah lebih berguna daripada meluahkan kepada orang lain yang tidak melakukan kesilapan kepada kita. 3. Sikap anda adalah diri anda, ia menggambarkan seluruh keperibadian dan perwatakan sehingga anda menjadi orang yang disukai atau dibenci menurut kaca mata orang lain.