Monday, March 30, 2009

Gadis Berniqob SIRI:3

Hah Ira, apa yang dok borak-borak kat bawah tu. Naik cepat, dah nak maghrib dah ni!" kedengaran suara makcik Milah memanggil Humaira yang sedang leka berbual-bual dengan Alice di halaman rumah.

"Hah Alice, mak Ira dah panggil tu. Jom cepat naik. Lepas solat maghrib nanti boleh kita makan malam. Ira dah lapar ni."

"Hah jom!," jawab Alice ringkas.

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar… Allahuakbar…

Kedengaran suara azan dilaungkan dari masjid yang hanya 300 meter sahaja dari rumah Humaira. Kelihatan pakcik-pakcik tua di kampung itu sedang berjalan kaki ke arah masjid. Kanak-kanak yang kecil juga tidak terlepas untuk turut serta menunaikan solat fardhu di masjid.

Humaira masih lagi di dalam bilik air. Makcik Milah sudah membebel-bebel di dapur.

"Hah, tulah, tadi mak suruh naik cepat tak nak. Ni dah habis azan pun masih dalam bilik air."

Humaira, walaupun berada di dalam bilik air, dia masih mampu mendengar suara leteran ibunya. Dia hanya tersenyum. Sudah lali dengan keadaan sebegitu. Dia segera mengelap tubuhnya dan keluar dari bilik air.

"Hah, cepat sikit, kita nak solat jemaah ni. Ira jadi imam ye, ibu jadi makmum."

"Ok," jawab Humaira pendek.

"Hah Alice, tak mandi lagi ke, pergi mandi, lepas Ira habis solat, kita makan malam. Isy, takkan nak makan dengan bau kambing ni," kata Humaira kepada Alice sambil ketawa.

"Yelah, yelah, Alice nak pergi mandilah ni."

Alice terus mengambil tuala lalu masuk ke bilik air. Sayup-sayup kedengaran suara Humaira sedang mengalunkan surah al-Fatihah. Alice kenal bacaan itu. Itu suara Humaira. Sudah lama dia tidak mendengar Humaira membaca al-Quran. Di sekolah dahulu, dia sering menyuruh Humaira membacakan al-Quran untuknya. Alice suka. Macam mendengar satu alunan irama yang lembut, menenangkan jiwa. Apatah lagi dengan kelembutan suara sahabatnya Ira.

******

Kenangan di sekolah dahulu menerjah kembali ke dalam minda Alice.

"Hah Ira, apa yang kamu dok hafal tu?"

"Ira tengah hafal al-Quran lah."

"Ooo, kenapa nak hafal al-Quran. Masuk dalam examke nanti?" soal Alice lagi.

"Isy, tak adalah. Kalau Ira hafal al-Quran. Senang sikit nak solat. Boleh baca banyak-banyak surah."

"Isy, surah tu apa? Surat Alice tau le."

"Hish, Alice ni banyak betul lah soal, Alice pergilah Tanya ustazah Hamidah. Mesti dia jawab."

"Alah Ira ni. Kedekutlah. Bagi jelah tahu."

"Ok, ok. Ira main-main jelah, Takkan marah kot. Surah tu kalau kita nak translate dalam bahasa Inggeris maksud dia chapter. Alah macam dalam novel-novel kita belajar kat sekolah kan ada chapter."

"Ooo, Ira bacalah. Alice nak dengar."

"Ok, Ira baca surah Fatihah nak. Ni surah pertama dalam al-Quran."

"Ok."

******

"Alice, apa yang lama sangat dalam bilik air tu."

Alice tersedar dari lamunannya. Kenangan lalu disekolah bersama Humaira dahulu terus hilang. Cepat-cepat dia menyiram tubuhnya dengan air kolah yang sejuk itu. Tidak seperti dirumahnya. Kesejukan air tersebut membuatkan tubuh Alice menggigil. Segera dicapainya tuala dan mengelap tubuhnya.

"Amboi, berangan ye. Orang dah habis solat pun dia still berendam lagi."

"Mana ada le Ira ni, orang mandile tadi."

"Hah yelah tu, entah-entah teringat kat cik abang siang tadi kot."

"Huh, mengarutlah Ira ni, dahlah Alice nak pakai baju ni. Dah lapar."

Makcik Milah dan Humaira sedang menyediakan makanan di dapur. Alice segera turun ke dapur apabila selesai memakai pakaian. Dia tidak mahu hanya melihat sahaja walaupun dia adalah tetamu di rumah ni.

"Siapa yang masak semua ni makcik? Ira ke? Tak nampak pun dia masak?"

"Heh dah tahu bertanya pula. Makciklah yang masak. Ira tu rindu sangat kat kamu. Dapat jumpa kamu manalah dia ingat nak masak ni."

"Hehe, alah mak ni. Hari ni je Ira tak masak. Hari lain Ira yang masakkan."

"Heh yelah tu. Hah dah lah tu, jom makan. Tadi kata lapar sangat," makcik Milah mencelah.

"Haah Alice ni, dari petang tadi dia asik mengadu lapar je. Heheh."

" Sedaplah sup kambing yang makcik buat ni," Alice bersuara.

"Memang sedappun, kalau Ira yang buat tak tahulah sedap ke tak," jawab makcik Milah.

"Isy mak ni, kalau Ira buat. Mestilah sedap, Ira kan anak mak. Mesti macam mak jugak."

Toot..Toot..Toot. Telefon bimbit Humaira berbunyi. Humaira melihat ke arah skrin telefon bimbitnya.

"Ah, dia lagi."

"Siapa tu Ira, kenapa tak jawab?"

"Huh, Bukhari. Tak habis-habis budak tu."

"Apa lagi yang dia nak dengan kamu Ira?" soal makcik Milah lagi.

"Entah, dari pagi tadi asyik call je. Ira tak angkat pun. Malas nak layan."

Makcik Milah hanya membisu mendengar jawapan Humaira. Alice hanya memerhatikan sahaja reaksi Humaira dan makcik Milah. Persoalan timbul di benak Alice. Kenapa kedua-dua beranak ini seolah-olah membenci apabila nama Bukhari disebut. Kelihatan wajah Humaira sudah tidak seceria tadi. Nama Bukhari seolah-olah telah mencabut kegembiraan dan keceriaan. Alice bertekad, malam ini aku akan cuba dapatkan juga jawapannya dari Humaira.

Usai makan malam. Mereka bertiga mengemaskan dapur. Tatkala melihat makcik Milah sudah tiada di dapur, Alice segera berbisik di telinga Humaira. "Kenapa Ira macam tak suka bila nama Bukhari disebut?"

Humaira terdiam. Tangannya masih ligat menyusun pinggan makngkuk di raknya. Sambil Alice pula sedang membilas pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki.

"Ira benci dia."

"Kenapa? Bukan dia boyfriend Ira ke?"

"Tu dulu. Ira benci dia."

"Kenapa?" Alice menyoal lagi.

"Nantilah Ira bagitahu. Malam nanti kita cerita pasal ni, ok," Humaira menjawab perlahan.

"Ok, tapi Alice tak paksa kalau Ira tak nak cerita."

Kelihatan makcik Milah sudah bersiap sedia untuk bersolat Isya'. Dia sedang menunggu Humaira yang masih di dapur.

"Dahlah tu Ira, lepas solat nanti sambunglah kemas dapur tu. Dah azan ni."

"Hah Ira, kamu pergilah sembahyang. Biar saya habiskan kemas dapur ni."

"Ok," jawab Ira pendek.

Usai sahaja mengemaskan dapur, Alice segera ke ruang tengah, tempat makcik Milah dan Humaira sedang bersolat. Mereka masih sedang khushuk bersolat.

Alice mencapai satu risalah yang dia nampak di rak tersebut. Tajuknya "Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat". Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu tajuk. "Batalnya Solat Dengan Lintasan Wanita, Keldai dan Anjing Hitam". Dia terpaku. Masakan sampai begini. Solat terbatal kerana wanita melintas di hadapan. Hatinya masih dapat menerima. tetapi, dia seakan tidak mempercayai apabila ia diletakkan sebaris dengan anjing hitam dan keldai. Sungguh hina! Alice terus membaca. Dia melihat satu potongan ayat yang berbunyi:

"Shalat itu terputus dengan (lintasan) keldai, wanita (yang sudah baligh/dewasa) dan anjing hitam."

Jiwa Alice memberontak, entah kenapa dia seakan marah. Masakan dia dapat menerima apabila wanita disamakan dengan keldai dan anjing hitam. Dia tidak sabar-sabar menunggu Humaira selesai dari solat. "Ah baik aku lupakan tentang Bukhari. Hal ini lebih penting untuk aku tanyakan kepada Humaira," bisik hati Alice.

Humaira baru sahaja selesai solat. Dia berzikir perlahan-lahan. Hatinya masih bercampur baur. Geram dengan Bukhari yang tidak habis-habis mengganggunya. Sedih mengenangkan kisah lampunya bersama Bukhari. Dia menadah tangan, memohon kekuatan daripada Allah. Dia mengalunkan doa ini perlahan-lahan.

"Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, puteri hamba lelaki dan perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku."

Air matanya tidak henti-henti mengalir. Berat sungguh ujian mu Tuhan. Sekian lama aku cuba melupakannya, kenapa dia muncul lagi.

Alice masih khusyuk membaca risalah itu. Hatinya tidak tenang. Nama Bukhari sudah luput dari ingatan. Dia mahukan penjelasan Humaira.

Usai sahaja berdoa, Humaira terus mengemaskan telekung dan sejadahnya. Dia pergi ke arah Alice.

"Hmm. Alice nak Ira cerita tentang Bukhari ye, baik Ira ceritakan sekarang, tapi jangan terkejut ye," Humaira bersuara sayu.

"Ira, Alice rasa kita tangguhkan dulu cerita Bukhari tu. Alice ada soalan yang lebih penting, ok?"

"Hmm boleh juga, apa yang penting sangat tu?"

Alice memberikan risalah yang dia baca kepada Humaira. Dia terus bertanyakan kemusykilannya.

"Hah, Alice tak sangka macam ni sekali Islam pandang wanita. Ira tengok ni. Jelas kat sini Nabi Muhammad samakan perempuan dengan anjing hitam dan keldai!" Alice bersuara keras sambil menunjukkan apa yang tertulis di dalam risalah itu. Dia bersuara lagi:

"Ira, selama ini Alice tak percaya yang Islam pandang hina perempuan. Jawapan Ira siang tadi tentang harta pusaka amat baik. Tapi Alice tak tahu apa pula jawapan Ira kali ini. Alice tak nampak apa-apa lagi penjelasan kat sini."

Humaira terus mengamati apa yang tertulis disitu. Hadithnya sahih. Tertulis di situ "Riwayat Muslim dalam Shahîh-nya I/365/510, Abû Dâwûd, At-Tirmidzi, dan lain-lain. Adapun tambahan "al-hâidh" maka disebutkan dalam riwayat Ahmad dan selainnya dengan sanad yang shahih.)"

Humaira ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Masakan dia mahu menolak apa yang tertulis di dalam hadith sahih. Nauzubillah! Benar! Dulu dia pernah keliru. Hampir-hampir dia bertegang urat dengan ustaz Ghazali, ustaz yang mengajar Feqh as-Sunnah dikampungnya. Tapi akhirnya dia tewas dengan jawapan ustaz tersebut. Tapi dia tidak fikir jawapan ustaz itu boleh menjawab persoalan Alice. Dia ligat memikirkan lagi jawapan yang sesuai. Alice memandang wajah Humaira. Dia tidak sabar-sabar menantikan jawapan Humaira.

Tiba-tiba Humaira teringat satu diskusi tentang sifat-sifat Allah. Ketika itu Ustaz Ghazali, ustaz yang berusia 50 tahun itu sedang mengajar Tauhid al-Asma' wa as-Sifat. Beliau sedang membahaskan tentang sifat Yadd yang bermaksud tangan. Maka ketika itu, seorang pemuda, yang dalam lingkungan umur 22 tahun telah bertanyakan satu soalan. Pemuda itu berkata: "Jika ustaz menyatakan Allah mempunyai tangan, maksudnya ustaz telah menyamakan Allah dengan manusia. Saya ada tangan, ustaz pun ada tangan. Mana boleh Allah sama dengan makhluk."

Kelihatan Ustaz Ghazali tenang sahaja. Beliau menjawab: "Untuk menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain, ia memerlukan kepada isyaratnya ataupun dikenali sebagai adat at-tasybih. Seandainya saya nampak seekor lembu baru sahaja lalu dan saya kata lembu itu ada telinga. Dan keesokannya saya berkata bahawa kamu mempunyai telinga. Adakah itu bermakna kamu sama dengan lembu? Sudah pasti tidak. Maka begitulah dengan Allah, wa lillahi masalul a'la." Pemuda itu terpaku, lalu terus meninggalkan majlis ilmu tersebut.

Humaira tersenyum. Dia sudah mendapatkan jawapannya. Kaedah jawapan Ustaz Ghazali itu boleh dia gunakan dalam situasi ini. Humaira terus melihat ke wajab Alice, dia berkata:

"Rileklah Alice, janganlah garang-garang macam ni, takut Ira tau."

"Mana boleh tak marah, Alice tak suka orang hina kaum perempuan."

"Heh ok, ok. Hah Ira ada jawapannya. Tapi panjang sedikit. Ira akan buat analogi, dan Alice cuba kaitkan dengan apa yang Nabi Muhammad cakap tu."

"Ok," jawab Alice cepat.

"Hmm, Alice suka makan pisang tak?" soal Humaira.

"Isy, apa kaitan pisang dengan kata-kata Nabi Muahammad tadi. Janganlah pusing-pusing."

"Alah jawab jelah soalan Ira tadi."

"Ok, Alice jawab. Ye, Alice suka makan pisang."

"Ok, Alice agak-agak, monyet suka makan apa?"

"Makan pisanglah," jawab Alice sambil berasa pelik dengan soalan Humaira itu.

"Hah! Kalau macam tu Alice sama dengan monyetlah sebab Alice suka makan pisang."

"Eh, apa pulak. Memanglah Alice suka makan pisang, tapi tak semestinya Alice macam monyet."

"Heheh, janganlah marah. Gurau je."

"Ok, kalau saya kata muka Alice canti macam bulan Alice suka tak?"

"Mestilah suka, siapa tak suka kena puji?" jawab Alice.

"Ok, tapi bukankah bulan tu permukaan dia kasar, takkanlah muka Alice macam tu?"

"Isy, apalah Ira ni. Mestilah orang kaitkan cantik dengan keadaan bulan purnama bila dilihat dari jauh."

"Jadi, maksudnya, bila Ira kata muka Alice cantik macam bulan, bukan bermaksud Alice ni serupa betul-betul macam bulankan?" Humaira pula menyoal.

"Hah betullah tu."

"So, kita balik kembali pada kata-kata Nabi Muhammad tentang wanita, keldai dan anjing hitam."

"Hah apa kaitan soalan-soalan tadi dengan kata-kata nabi tu?"

"Jawapan-jawapan Alice tadi sebenarnya adalah penjelasan untuk persoalan wanita, keldai dan anjing hitam tu," terang Humaira.

"Isy, Ira terangkanlah, Alice still tak dapat kaitkan dengan apa yang Alice cakapkan tadi.

"Ok, ok. Macam ni walaupun diletakkan wanita tu satu ayat dengan keldai dan anjing hitam, itu tak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan binatang-binatang tu."

"Hmm," Alice mengeluh seolah-olah masih kurang faham dengan penjelasan Humaira.

"Ok tadi Alice suka makan pisang, dan monyet pun suka makan pisang. Tapi persamaan tu hanya pada sifat suka makan pisang, bukan bermakna taraf Alice dengan monyet serupakan. Betul tak?"

"Hah betullah tu," jawab Alice.

"So, samalah macam hadith ni. Persamaan hanyalah pada keadaan di mana wanita yang sudah baligh, keldai dan anjing hitam jika melintas depan orang solat, maka solat orang itu akan batal. Ia tidak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan haiwan tu. Kata-kata nabi ni hanya cerita tentang membatalkan solat. Tak bolehlah kita nak kaitkan ia dengan taraf wanita dan lain-lain."

Kelihatan Alice masih menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Hah, takpelah kalau Alice tak faham sekarang, tapi cuba Alice kaitkan semua yang kita cerita tadi. Insya-Allah Alice akan faham."

"Hmm, Alice dah faham sikit, cuma sukar sikitlah sebab nak kaitkan dengan apa yang kita cerita tadi."

"Hmm, takpelah, perlahan-lahan. Elok jugak Alice tanya tadi."

Alice hanya mengangguk. Humaira bersuara:

"Sebenarnya, setiap apa yang kita baca akan ditafsirkan dengan pelbagai penafsiran. Macam tadi Alice faham ayat tu sebagai menghina perempuan, sedangkan Ira tak faham macam yang Alice faham. Macam tu jugaklah dengan isu-isu yang lain. Contohnya kalau isu aurat, kalau mereka yang sudah ada prejudis tentang Islam. Bila baca ayat tentang aurat, dia akan akan fikir Islam kongkong wanita. Tapi kalau orang lain, mungkin dia akan fikir yang menutup aurat ni lambang wanita yang bermaruah. So, setiap orang ada kefahaman dan tafsiran masing-masing."

"Jadi?" soal Alice pendek.

"So, kita kena berlaku adil. Bila kita baca sesuatu atau dengar sesuatu, kita kenalah faham sebagaimana yang orang yang bercakap atau menulis tu nak maksudkan. Jangan kita pergi palingkan kepada maksud yang lain."

"Ooo, macam tu. Thank you Ira sebab terangkan kat Alice."

"Heh tak payahlah nak thank you, thank you. Kita kan kawan."

"Hah Ira, bila nak cerita tentang Bukhari, awal lagi ni. Baru pukul 10, takkan nak tidur kot. Ceritalah."

"Heh ingatkan dah lupa dah cerita pasal Bukhari, okeylah Ira cerita sekarang."

(bersambung)

No comments: