Wednesday, October 8, 2008

Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia ( PERMIS )



Kaherah, Isnin 25 Ogos
. Berlangsungnya Persidangan Mahasiswa Islam Sedunia (PERMIS) yang dianjurkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Persidangan pada kali ini bertemakan “Temukan Idea, Mendepani Massa.”. Persidangan tersebut berlangsung selama 2 hari iaitu pada 25 ogos dan 26 ogos , bertempat di Dewan Kristal, Sally Mall, Kaherah, Mesir.
Persidangan pada kali ini dihadiri oleh Perwakilan Mahasiswa Islam Malaysia daripada Yaman, Syria, Jordan, Morocco dan Britian .Bagi Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) diwakili oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Perwakilan PEMAYA bertolak pada 20 ogos dan disambut oleh Wakil PMRAM kemudian ditempatkan di Rumah Anak-anak Pulau Pinang.
Pada persidangan tersebut, semua perwakilan yang hadir telah bersepakat sebulat suara mengeluarkan 9 resolusi yang menyentuh berkaitan hal-hal berkenaan kepentingan Umat islam. Secara keseluruhan pihak perwakilan berpuashati diatas layanan dan kerjasama yang diberikan PMRAM sehingga akhir persidangan.
Harapan PERMAYA agar persidangan sebegini dapat dilaksanakan pada setiap tahun agar ukhuwwah dan kebersamaan Mahasiswa Islam Malaysia yang berada diluar negara terus terjalin erat diatas kesatuan fikrah dan amal. Pihak PERMAYA mengucapkan jutaan terima kasih pada PMRAM kerana menjemput PERMAYA dan sudi untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan pada kali ini. Ucapan terima kasih juga kepada pihak Rumah Anak-Anak Pulau Pinang diatas layanan baik yang diberikan pada perwakilan PERMAYA.

Monday, October 6, 2008

1 Syawal yang hiba



Takbir pagi memecah kesunyian 1 Syawal. Demikian lah suka-duka saban tahun yang dilalui oleh mahasiswa Malaysia dibumi Iman wal Hikmah (Yamen). Suasana pagi Syawal pada tahun ini agak berbeza jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum-Nya kerana lokasi yang diadakan agak menarik dengan suasana yang agak open dengan dikelilingi suasana hijau yang mengeliling. Namun begitu, gelak ketawa masih terukir diraut wajah masing-masing, walaupun terpaksa beraya berjauhan bersama ahli keluarga, sanak-saudara serta rakan taulan yang mungkin buat kali pertama, kedua, ketiga dan berkali-kali. Mungkin inilah di antara mujahadah yang yang terpaksa dilalui oleh mereka yang begelar penuntut Ilmu. Ermm, ok laa Eid Mubarak lil Jami'e..


Picture coming soon..